Hiburan

“Masa sesi minta maaf, sebak pulak dengar abg dan adik cakap” – Rita Rudaini

Pengorbanan seorang ibu sukar untuk diganti lebih-lebih lagi apabila bergelar ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang empat kerat untuk membesarkan anak-anak mereka seorang diri. Begitulah pep4tah ada berkata, syurga sentiasa di bawah tapak kaki ibu kerana peng0rbanan mereka ini jelas tiada bandingannya. Hargailah ibu kita selagi mereka masih ada…

Bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah namun demi untuk melihat anak sendiri berjaya, ia mampu mendorong mereka untuk terus kuat semangat membesarkan anak-anak. Begitulah yang dilalui oleh pelakon Rita Rudaini sebagai ibu tunggal dalam membesarkan dua orang anak lelakinya iaitu Ryan dan Arjuna.

Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran, Rita tetap mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengajar mereka untuk sentiasa bertanggungjawab. Hasil didikan yang baik oleh Rita buat anak-anaknya jelas membuatkan ramai netizen kagum apabila Ryan dan Arjuna sendiri cukup menghormati ibunya.

Bagi Rita, dia mendidik anak-anaknya kerana mahukan mereka menjadi seorang lelaki yang hebat dan disegani ramai orang. Menerusi perkongsian foto oleh Rita di laman instagramnya, Rita sendiri meluahkan perasaan menerusi kapsyen dengan memberitahu mahukan dirinya antara wanita di sebalik kejayaan dan kehebatan kedua-dua orang anak lelakinya.

Luahan perasaan Rita menerusi kapsyennya itu telah membuatkan warga netizen sebak kerana jelas Rita sahaja yang bersusah-payah membesarkan anak-anaknya.

Seperti yang ramai ketahui, dahulunya Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan pada tahun 2008 namun bercrai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan Ryan dan Arjuna masing-masing berumur 10 tahun dan 8 tahun.

Sementara itu, rata-rata netizen mngalkan komen pada posting Rita dengan pelbagai reaksi yang diberikan.

“Aamin, tersentuh hati saya tiap kali tengok 2 beradik ni.. Moga sentiasa dalam rahmat Allah”- Netizen

“InsyaAllah, sis seorang mummy yang kuat”- Netizen

“Anda seorang ibu dan wanita yang hebat, saya respect dan tabik”- netizen

Ada juga sebagaian netizen meluahkan perasaan bangga apabila melihat hasil didikan Rita buat anak-anaknya.

Salah sebuah komen daripada netizen telah mendapat perhatian daripada Rita apabila Rita berpendapat kerja-kerja di rumah adalah tanggungjawab diri sendiri dan bukanlah semata-mata hanya tanggungjawab kepada golongan wanita sahaja.

Walaupun banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Rita sendiri, Rita tetap tak putus semangat untuk besarkan anak-anak. Respect dengan Rita dan semoga dipermudahkan urusannya sebagai seorang ibu yang kuat..

Sumber: instagram Ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.