Ramai yang ingin mengelakkan untuk hidup bermadu kerana amalan yang kurang elok yang ditunjukkan dalam masyarakat selama ini. Dalam kehidupan bermadu ada segelintir para suami yang sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, lalai dengan amanah dan nafkah yang sepatutnya diberikan buat anak-anak. Mereka ini juga dilihat sukar untuk berlaku adil sehingga menjadi punca keruntuhan sesebuah rumahtangga menyebabkan perkataan madu dianggap sebagai pantang larang untuk diucapkan dihadapan seorang isteri.
Pelakon Zarina Zainuddin sebelum ini memilih untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadinya dengan orang ramai kerana status dirinya yang bergelar sebagai isteri kedua kepada Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar. Walaubagaimanapun Zarina kini dilihat lebih terbuka untuk berkongsi kisah kehidupan peribadinya di media sosial.
Kehidupan bermadu yang dianjurkan dalam islam adalah sangat indah. Sudah pasti setiap yang di suruh dalam ajaran islam itu penuh dengan hikmahnya. Sekiranya dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab semestinya hidup bermadu akan dilalui dengan penuh rukun dan juga harmoni.
Memuatnaik beberapa video dan gambar sempena sambutan hari raya bersama keluarga dan madunya di akaun instagramnya, para netizen tersentuh hati melihat sikap Zarina dan madunya yang saling bermaaf-maafan dan berkasih sayang di hari raya.
Zarina sememangnya boleh dijadikan contoh sebagai seorang madu yang sangat menghormati pas4ngan madunya. Hubungan Zarina dan madunya boleh diibaratkan seperti sahabat baik dan sangat akrab.
Video dan gambar tersebut telah mencuri tumpuan netizen yang merasa terharu dengan perhubungan yang telah ditunjukkan oleh Zarina dan madunya. Betapa mulianya hati seorang wanita yang saling bermaafan bersama madunya sendiri. Pastinya sejuk hati seorang suami melihat isteri-isterinya saling berkasih sayang.
Tak ramai yang sanggup untuk hidup bermadu. Namun kehidupan bermadu yg telah ditunjukkan oleh Zarina ini telah membuka mata orang ramai mengenai keindahan hidup bermadu sekiranya kita saling berkasih sayang, hormat menghormati sesama pas4ngan dan juga saling bertolak ansur.
Syabas dan tahniah Zarina kerana telah menunjukkan contoh tauladan yang baik terhadap masyarakat mengenai kehidupan bermadu seperti yang telah dianjurkan dalam islam. Semoga kehidupan Zarina dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati selalu. Amin.
Sumber : Instagram zarinazainuddin_
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.