Hiburan

Sayu, takbir raya anak Rita Rudaini buat ramai terharu

Rita Rudaini ialah seorang pelakon dan model yang mula dikenali selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja sekitar tahun 98/99. Nama beliau semakin popular setelah membintangi filem Mami Jrum Junior dan juga beberapa lagi drama yang sangat hangat menjadi bualan seperti Sehangat Asmara dan juga Istidraj Cinta. Wajahnya yang jelita dan penampilannya yang sentiasa menarik seakan tidak dimamah usia walaupun sudah berada diusia awal 40an.

Beliau yang kini bergelar ibu tunggal, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang pemain bola popular namun bercrai tidak lama kemudian kerana jodoh tidak panjang. Hasil daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki yang kini berada dibawah jagaan beliau sepenuhnya.

Rita pernah melalui saat jatuh bangun dalam kehidupan peribadinya yang sentiasa menjadi tumpuan media suatu ketika dahulu. Pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya seakan tiada kesudahan namun episod duka tersebut sudahpun berlalu dan beliau kini bahagia membesarkan kedua-dua orang anaknya sendirian.

Memuatnaik sebuah video takbir yang dialunkan oleh anakandanya yang sulung iaitu Airit Rayyan Rizqin di akaun Instagram beliau, suasana sedih dan pilu dapat dirasakan oleh para pengikutnya. Sambutan perayaan Aidilfitri yang disambut oleh mereka bertiga mengundang rasa sayu daripada para netizen.

Terserlah sifat seorang pemimpin pada anaknya walaupun baru sahaja berusia 11 tahun. Sejuk perut ibu mengandung melihatkan seorang anak yang dikandung kini membesar menjadi seorang yang mampu memimpin solat dan juga mengalunkan takbir raya buat mereka sekeluarga.

Para netizen bersimpati dengan anak-anak Rita kerana tidak dapat merasai kasih sayang seorang ayah dalam kehidupan mereka. Namun turut mengucapkan tahniah buat Rita kerana berjaya mendidik anak-anaknya menjadi seorang pemimpin dan juga sangat taat kepada ibunya.

Syabas Rita kerana berjaya mendidik anak-anaknya dengan hebat. Semoga apabila dewasa kelak anak-anak membesar menjadi seorang yg berguna buat masyarakat dan agama serta mampu membalas jasa ibunya yang telah bersungguh menjaga dan mendidik mereka dengan sepenuh hati.

Sumber : Instagram ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.