Hiburan

“Saya rasa dah tua dan nak pencen awal” – Dato’ Aliff Syukri

Sejak kembali berbaik dengan Datin Shahida, ramai yang memuji sikap Dato’ Aliff Syukri yang semakin matang dan lebih mesra melayan para pengikutnya di Instagram. Beliau pernah memberitahu sebelum ini bahawasanya beliau ingin memperbaharui dirinya dengan menjadi seseorang yang lebih matang. Ramai yang menyedari perubahan sikapnya itu kerana sudah kurang kontr0versi yang melibatkan dirinya sejak akhir-akhir ini. Kehidupan sehariannya pula lebih banyak dihabiskan bersama anak-anak.

Dato Aliff kini mempunyai 6 orang anak termasuk seorang anak angkat iaitu Ammar, Qadejah, Baim, Ameena, Yusof dan Raudhah. Kehidupan beliau tidak sunyi dengan gelagat anak-anak yang kini kian membesar. Dato’ Aliff yang sangat aktif di media sosial sering kali berkongsi aktiviti sehariannya bersama anak-anak.

Memandangkan seluruh negara sedang diuji dengan wbak C0v1d19 kebanyakkan perniagaan sememangnya terjejas teruk dan begitu juga yang dihadapi oleh Dato Aliff. Mengakui dirinya juga berhadapan waktu sukar dalam perniagaan, Dato’ Aliff sering memanjatkan kesyukuran kerana masih lagi diberikan ruang dan peluang buatnya berniaga walaupun berhadapan sedikit kesukaran.

Memuatnaik sebuah video terkini diinstagramnya, Dato’ Aliff berkongsi gelagat anaknya Yusof yang sangat manja dengan dirinya dan berasa sedih apabila diusik tidak mahu dibawa bersama untuk keluar bersiar-siar. Dato’ Aliff serta pembantunya membawa Yusof dan Raudhah keluar bersiar-siar di sekeliling rumahnya mengambil angin petang.

Dato’ Aliff berkata yang dirinya sangat bahagia apabila bersama anak-anak dan inilah yang beliau inginkan ketika ini. Sudah tiada keperluan untuk beliau kembali menjadi dirinya yang dahulu. Beliau turut merasakan yang dirinya sudah berusia dan mula terfikir mengenai persaraan.

Tambah Dato’ Aliff lagi, kadangkala beliau tidak sedar yang anak-anaknya sudah semakin membesar. Beliau juga sangat seronok memiliki anak yang ramai dan merasanya kehidupannya kini lengkap bersama anak-anak. Ternyata tiada apa yang diharapkan oleh seseorang yang bergelar ayah seperti Dato’ Aliff melainkan hanyalah berdoa semoga anak-anaknya menjadi anak yang membahagiakan di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya netizen merasa sangat terharu melihatkan kasih sayang diantara anak beranak tersebut. Kasih sayang Dato’ Aliff buat anak-anak tiada batasnya. Para netizen juga mendoakan agar kebahagiaan keluarga itu berkekalan. Gelagat comel Yusof juga turut mencuri perhatian. Kasihan Yusof kerana di usik oleh Abahnya yaa.

Sikap Dato’ Aliff yang mulai bersederhana dalam segala hal sekarang dan kelihatan begitu menyayangi keluarganya turut dipuji oleh netizen. Terserlah kematangan Dato’ Aliff yang lebih positif dalam menilai sesuatu.

Diharapkan supaya Dato’ Aliff tangguhkan dahulu niat Dato’ Aliff tu untuk bersara. Tambahan pula, Dato’ Aliff pun masih lagi muda. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Jangan cepat putus asa kerana dugaan wabak c0v1d19 ini yaa Dato’. Dengan sikap positif Dato’ ini tidak mustahil Dato’ boleh bangkit semula. InsyaAllah pasti akan ada jalan keluar buat kita semua nanti.

Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.