Siti Aafiyah anak kepada Dato Siti Nurhaliza semakin di kenali, bukan sahaja anak kepada selebriti terkenal tanah air, Aafiyah juga turut menjadi tumpuan kerana kepintarannya dan gelagatnya yang sering mencuit hati netizen dan peminat ibunya. Memiliki seraut wajah yang comel dan suka senyum persis ibunya. Aafiyah juga nampak sangat cerdik bijak dari usianya yang baru 2 tahun.
Aafiyah juga memiliki minat yang sama dengan Tok ti, suka menyanyi menari. Banyak video yang di kongsikan pengasuhnya di laman sosial sering mendapat pujian dari netizen. Aafiyah juga di jaga pengasuhnya Dayah Zubir dari bayi sehingga kini. Membesar dengan pengetahuan ilmu yang banyak, penjagaan yang teliti dari pengasuhnya dan Tok Ti sendiri membuatkan Aafiyah sangat matang dan bijak.
Untungnya Aafiyah dapat pengasuh yang baik penyayang dan yang paling penting pandai dan mahir mendidik Aafiyah. Menerusi Instagram pengasuhnya Dayahzubir dia berkongsi satu video Aafiyah membuat patience challenge. Video tersebut di kongsi Tok Ti di ruangan instagram miliknya dengan status anaknya sangat penyabar mungkin sifat tersebut di warisi darinya.
Jika minat pun sama tidak mustahil jika sikap dan perangai Aafiyah juga banyak ikut Tok Ti. Di dalam challenge tersebut terlihat Aafiyah sangat sabar menunggu Kak Dayah pengasuhnya beberapa minit tanpa beralih dari tempat duduk dan kemudian membaca doa sebelum minum air. Yang paling comel Aafiyah nampak sangat teruja bila berjaya melepasi challenge tersebut dan menari tanda happy.
Bukan semua kanak kanak boleh lepasi challenge ini kerana sikap anak yang seusia Aafiyah yang sangat aktif dan suka memberontak membuatkan ramai kanak kanak seusia 2tahun susah menjadi seorang kanak kanak penyabar.
Jika kita dapat lihat, ramai kanak kanak usia 2 masih tantarum, tetapi tidak pada Aafiyah. Nampaknya Aafiyah juga sudah ready untuk menjadi kakak tidak lama lagi. Semoga segala usaha Tok Ti untuk mendapatkan anak kedua berjaya melalui proses ivf.
Rata rata netizen juga memuji sifat penyabar Aafiyah dan ramai yang memberi pendapat Aafiyah sangat bijak dan sabar. Ramai yang menyatakan Aafiyah banyak mewarisi sifat ibunya Tok Ti.
Semoga Aafiyah sentiasa membesar menjadi anak yang baik dan bijak berjaya dunia akhirat.
Sumber : ig ctdk
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.