Hiburan

“Sorry Cik B, mama lupa date birthday Cik B” – Dato Seri Vida

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal pr0duk Qu Puteh iaitu Dato Seri Vida. Gelak tawanya sahaja sudah menjadi trademark untuk membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan mengenali pemilik suara tersebut. Dato Seri Vida juga seorang yang mempunyai karakter yang kelakar dan sempoi. Kerjayanya sebagai seorang usahawan membuatkan dirinya sering menjadi tumpuan orang ramai.

Dato Seri Vida mempunyai dua orang anak iaitu Kacak dan juga Cik B. Walaupun sering sibuk dengan urusan perniagaan namun kasih sayang ibu tunggal ini buat kedua orang anaknya sangat menebal dan tidak pernah berbelah bahagi. Kedua-dua anaknya kini sudahpun membesar dan meniti alam remaja.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen kini mengikuti jejak langkah Dato Seri Vida menjadi seorang usahawan dengan mengusahakan produk pertamanya iaitu Salted Egg Salmon Skin. Walaupun baru setahun jagung menjadi seorang usahawan namun keuntungan yang diperolehi oleh Cik B agak luar biasa kerana produk beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Cik B yang dilahirkan pada 19 Mei ini bakal menginjak keusia 15 tahun tahun ini. Memuatnaik sebuah video di instagramnya, Cik B cuba menguji ingatan ibu, adik serta saudaranya tentang hari jadinya itu. Apa yang mencuit hati, semasa soalan tersebut diajukan kepada Dato Vida, muka Dato Vida terpinga-pinga dan langsung tidak menyedari tujuan soalan tersebut ditanyakan kepada beliau.

Tanpa mengesyaki tujuan Cik B bertanyakan soalan itu, Dato Vida hanya menjawab “Hari Selasa”. Hampa sungguh nampaknya Cik B kali ini. Walaupun Cik B cuba untuk bertenang namun video tersebut akhirnya berakhir dengan wajah muram Cik B.

View this post on Instagram

Hahaha

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66) on

Rata-rata para pengikut Cik B bersimpati dengan Cik B kerana tiada yang mengingati tarikh lahirnya. Para pengikut Cik B cuba memujuk Cik B dan mengatakan bahawa mereka masih ingat tarikh lahir Cik B itu. Mereka semua juga turut mengucapkan Selamat hari lahir buat Cik B.

Turut mngalkan komen diruangan komen Instagram Cik B ialah Dato Seri Vida sendiri. Dato Vida meminta maaf kepada anaknya itu kerana terlupa tarikh lahir Cik B. Sambil memujuk Cik B, Dato Vida mengucapkan selamat hari lahir buat anak kesayangannya.

Kesian Cik B, mungkin Dato Vida tak sengaja agaknya kerana sibuk dengan urusan perniagaan. Tambahan pula hari raya pun sudah semakin hampir. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Meskipun Dato Vida terlupa tarikh lahir Cik B, tetapi kasih sayang Dato Vida pada Cik B tidak pernah berkurangan. Comel je Cik B merajuk. Dato Vida pun dah ucap selamat hari lahir, harapnya Cik B dah tak merajuk lagi ya.

Sumber : Instagram cikb_havoc66

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.