Ramai peniaga sudah mula aktif berniaga secara atas talian semenjak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Berniaga secara atas talian antara satu-satunya cara bagi para peniaga untuk memperolehi sumber pendapatan mereka. Namun seperti cendawan tumbuh selepas hujan, laman sosial media kini telah mula dipenuhi dengan pelbagai jenis jualan produk terutamanya makanan. Golongan peniaga yang sebelum ini sering berniaga secara offline terpaksa beralih pada online berikutan PKP yang telah dilaksanakan sejak Mac lalu.
Untuk melariskan jualan produk, kaedah marketing semestinya penting untuk memastikan produk berkenaan dikenali ramai. Dengan cara review produk atau barang makanan oleh sebahagian golongan artis tempatan, ia adalah kaedah marketing yang sentiasa menjadi pilihan buat para peniaga.
Namun, kaedah marketing dengan menggunakan populariti golongan artis telah menyebabkan pelakon Janna Nick mula bersuara apabila rumahnya kini telah menerima pelbagai jenis barang makanan yang dihantar oleh peniaga online. Janna menegur segelintir peniaga online yang mendesaknya untuk review bisnes yang dijalankankan.
Janna sendiri akui tidak mahu menerima sebarang bayaran untuk review makanan dan hanya memberi review secara percuma sekiranya makanan itu memang berkualiti serta sedap. Bagi Janna, dia lebih selesa untuk review makanan yang betul-betul sedap kerana tidak mahu menipu pengikut-pengikutnya di instagram.
Tindakan Janna menegur segelintir peniaga online berkenaan telah menjadi perhatian ramai sehingga videonya ditonton sehingga 200,000 tontonan.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman pahit apabila terpengaruh membeli barangan makanan yang telah diberi review oleh salah seorang artis Malaysia tetapi makanan tersebut hanyalah indah khabar dari rupa selepas dibeli.
Chef Zam juga mendedahkan turut mengalami masalah yang sama seperti Janna apabila dua peti sejuk miliknya telah dipenuhi dengan makanan yang dihantar oleh peniaga online.
Buat peniaga online, tak salah pun untuk popularkan produk tapi janganlah sampai mendesak golongan artis okay. Tindakan Janna pun memang terbaik, sekurang-kurangnya dia tak nak tipu followers IG dia kalau bab review makanan. Sekali makanan tu tak sedap, memang kecewa tau hm…
Sumber: instagram Jannanick
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.