Datin Seri Nurshahida di awal kemunculannya telah terlebih dahulu memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi kumpulan nasyid Solehah. Kumpulan Solehah merupakan penyanyi berkumpulan wanita nasyid yang begitu popular di era 90an. Kumpulan yang dianggotai oleh empat orang gadis termasuk Bienda adalah diantara kumpulan nasyid remaja yang terawal muncul dengan muzik nasyid kontemporari.
Salah seorang anggota kumpulan tersebut yang masih lagi aktif menyanyi ialah penyanyi Bienda. Kumpulan nasyid Solehah mempunyai beberapa lagu popular diantaranya ialah Islam Agamaku, Rukun Islam Rukun Iman dan juga Sabarlah Kasih.
Setelah menyepi daripada dunia nyanyian, Datin Shahida kemudiannya muncul sebagai model iklan sebuah jenama syampu di televisyen. Iklan tersebut begitu popular pada waktu itu kerana wajah Datin Shahida yang sangat manis tambahan pula diiringi lagu latar kumpulan Indigo sehingga menjadi siulan orang ramai.
Pembabitan Datin Shahida di dalam dunia pengiklanan juga tidak lama apabila bertemu jodoh dengan Dato’ Aliff Syukri dan beliau kemudiannya sibuk dengan urusan perniagaan serta menguruskan rumahtangga. Perniagaan yang diusahakan bersama Dato’ Aliff Syukri iaitu jenama D’Herbs telah menaikkan kembali nama Datin Shahida. Namun kali ini dirinya lebih dikenali sebagai Datin Terlajak Laris dek kerana slogan syarikatnya.
Datin Shahida yang kini sangat aktif di media sosial telah memuatnaik sekeping gambar ketika membintangi iklan syampu di akaun instagramnya. Datin Shahida mengimbau kembali kenangan ketika beliau membuat penggambaran iklan syampu itu. Bercerita lanjut mengenai kisah disebalik jemputan untuk membintangi iklan syampu, Datin Shahida mengatakan beliau dihubungi oleh pihak agensi pengiklanan hanya secara tiba-tiba.
Pada awalnya Datin Shahida menyangka panggilan tersebut adalah suatu bentuk percubaan untuk menipu namun setelah dihubungi berkali-kali barulah Datin Shahida menguatkan diri untuk kesana ditemani oleh ibunya.
Sejujurnya Datin Shahida memaklumkan bahawa beliau mengalami kesukaran untuk menjayakan iklan tersebut kerana faktor dirinya yang pemalu dan tidak banyak bercakap. Datin Shahida merasakan bahawa menjadi seorang model untuk melakukan penggambaran iklan adalah tidak sesuai dengan dirinya.
Namun kini keadaan tersebut sudahpun berubah sejak beliau menjadi model untuk produknya sendiri. Membuat penggambaran sebagai model iklan sudah menjadi sebati pula dengan dirinya.
Netizen memberikan maklumbalas mengenai gambar tersebut masih ramai yang mengingati wajah Datin Shahida semasa membintangi iklan syampu itu. Netizen turut memuji wajah Datin Shahida yang sangat cantik dan manis.
Babak yang paling manis adalah pertemuan di perpustakaan dan ketika buku yang dipegang Datin Shahida terjatuh dan lelaki dalam iklan tersebut turut membantu mengangkat kembali buku tersebut.
Mungkin itulah hikmah yang Datin perolehi setelah bernikah dengan Dato’ Aliff. Personaliti kedua pas4ngan ini yang sangat berbeza membuatkan mereka saling melengkapi di antara satu sama lain.
Personaliti Dato’ Aliff yang sangat peramah dan berani juga telah banyak mempengaruhi Datin Shahida serta mendorong Datin untuk berubah daripada seorang yang pemalu kepada seorang yang lebih berani. Seronok tengok perubahan positif dalam diri Datin.
Sumber : Instagram shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.