Tarikh 10 Mei ialah tarikh bagi sambutan hari ibu sedunia, dimana pada hari tersebut kita meluahkan penghargaan kepada pengorbanan ibu dan juga mengucapkan terima kasih serta rasa sayang kepada ibu diatas jasa yang telah dicurahkan oleh mereka selama ini. Dato’ Aliff juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan isterinya sempena sambutan hari ibu tersebut.
Sejak berita pas4ngan ini berbaik tular, para peminat mereka gembira dengan keputusan yang diambil oleh Dato’ Aliff yang sanggup ketepikan ego demi menyelamatkan rumahtangganya.
Niat Dato’ Aliff yang ingin berubah juga disambut baik oleh para peminatnya. Perkara tersebut juga dibuktikan oleh beliau apabila kebelakangan ini banyak memuatnaik video yang berkisarkan mengenai kehidupan rumahtangga dan juga kekeluargaan.
Menerusi laman youtube TV Terlajak Laris, Dato’ Aliff berkongsi kepada para peminatnya bagaimana mereka sekeluarga meraikan sambutan Hari ibu untuk Datin Shahida.
Demi meraikan Hari Ibu, Dato’ bersama anak-anak telah merancang untuk membuat kejutan dengan membelikan kek puding buat isterinya itu. Disamping itu, Dato Aliff turut menyediakan hadiah istimewa buat Datin Shahida iaitu seutas jam tangan Rolex. Datin Shahida yang terkejut dengan pemberian tersebut ternyata kelihatan amat gembira.
Dalam suasana yang meriah itu, tiba-tiba Datin Shahida mengajukan soalan sekiranya mereka bergaduh adakah hadiah tersebut akan dituntut semula oleh Dato’ Aliff. Soalan tersebut lantas disambut dengan deraian tawa oleh kakitangan dan bibik mereka yang berada bersama ketika itu.
Boleh tahan juga soalan Datin tu. Tersipu malu Dato’ Aliff dibuatnya. Kelakar sungguh mereka berdua ini. Ada sahaja gelagat yang mencuit hati yang membuatkan suasana sentiasa ceria dan gembira.
Netizen terharu melihat Dato’ Aliff yang meraikan Datin Shahida. Namun terhibur dengan soalan mencuit hati daripada Datin. Kantoi pula Dato’ Aliff dibuatnya. Berikut ialah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen diruangan komen.
Terbongkar kalau g4duh minta balik,kelakar juga dato kan,apa2 pun,Sy doakan dato dng datin kekal hingga ke akhir hayat,Selamat hari ibu datin,nanti hari bapa,datin lak buat kejutan kat dato, – Netizen
sukanya tengok dato sekarang . Percakapan yang lembut dan penuh hati hati . semoga dato terus diberikan hidayah – Netizen
Saya suka versi video dato yang kalini. Tambah pulak dengan sound effect lagi buat jadi lawak. Shout out pada video editor baru. Sekarang hari hari rasa nak tengok je video dato. Teruskan buat vlog kekeluargaan macam ni it is better daripada vlog kontr0versi semua tu – Netizen
Hargai kasih sayang seorang isteri dan saling memahami…semoga datuk kekal ke jannah.. – Netizen
Para peminat sentiasa mendoakan agar hubungan keluarga ini akan terus harmoni dan gembira. Peminat sangat gembira dengan perubahan positif yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff dan berharap agar sikap tersebut akan kekal sampai bila-bila.
Sumber : youtube TV Terlajak Laris
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.