Keistimewaan bulan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan umat islam di seluruh dunia bagi merebut peluang dalam mengamalkan ibadah dan mengumpul ganjaran pahala berlipat ganda dengan memperbanyakkan amalan sepanjang bulan mulia ini. Pada bulan Ramadan kali ini, pelakon Nora Danish antara yang tidak ketinggalan mengerjakan amal ibadahnya dengan berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada 9 malam terkahir Ramadan.
Khatam Al-Quran yang dilakukan oleh Nora sendiri juga dikhaskan buat arw4h bapanya yang telah lama kembali ke rahmatullah.
Dengan perasaan sebak, Nora meluahkan rasa bersyukur selepas berjaya khatam Al-Quran menerusi instagram miliknya. Katanya menerusi kapsyen di instagram, jadual yang terlalu padat sebelum ini agak sukar buat dirinya untuk melaksanakan khatam Al-Quran meskipun niatnya sudah bertahun-tahun lama disimpan.
Menurut Nora, pada mulanya agak sukar untuk menghabiskan satu muka surat bacaan al-Quran namun lama-kelamaan sudah mencecah 150 muka surat sehari. Alhamdulillah buat Nora..
Luahan perasaan bersyukur berjaya mengkhatamkan Al-Quran telah dikongsi oleh Nora dan video Nora sebak sambil ayat-ayat suci Al-Quran ternyata membuatkan netizen tersentuh hati mendengarnya.
“Sebak pulak saya baca”- Netizen
“Alhamdulillah banyak hikmah during MCO ni”- Netizen
“Tiba tiba nangis sama”- Netizen
Dalam pada itu, posting Nora telah menerima 132,000 likes dan dibanjiri ribuan komen oleh warga netizen.
Alhamdulillah buat Nora Danish, dah khatam Al-Quran bulan Puasa ni. Ada hikmahnya jugak MCO ni kan…
Sumber: instagram Noradanish
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.