Setiap insan telah pun ditetapkan perjalanan kehidupan mereka di atas muka bumi ini ketika usia kandungan ibu mencecah 4 bulan 10 hari. Pastinya setiap individu itu mempunyai kisah hidup dan pengalaman yang berbeza dalam melalui liku-liku kehidupan. Ada orang yang diuji kehidupannya dengan kemewahan. Ada pula yang diuji dengan kesusahan, kes4kitan dan sebagainya.
Namun apa yang menentukan pengakhiran seseorang itu adalah cara mereka menangani setiap ujian yang Allah berikan.
Sekiranya kita bersikap redha dan positif, pastinya ganjaran yang lebih besar menanti kita di alam akhirat. Sesungguhnya ujian itulah yang bakal menempah tiket buat kita ke syurga suatu masa nanti.
Video ini sempat mengundang SEBAK rakyat Malaysia atas ketabahan dan kesabaran Siti Rohayu menjaga suaminya yang koma berbulan²…kisah ini tersebar seluruh Malaysia.Alhamdulillah, berkat doa dan keyakinannya terhadap kekuasaan Allah SWT, suaminya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki yang koma akibat nahas jalan raya 3 tahun lalu akhirnya sedar dari ‘lena’. Namun, ingatannya tidak lagi seperti dulu.Semoga semua nya kembali pulih😭Cerita sebenarnya kejadian semalam '𝗪𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂 𝗔'𝗹𝗮𝗺.'Tolong jangan ada yang komen berlebihan … ini isu sensitive melibatkan maruah sesama kita umat Islam.
Posted by Anak-Anak Pasir Puteh on Wednesday, May 6, 2020
Melalui Halaman Facebook Anak-Anak Pasir Puteh, dikongsikan sebuah video yang menunjukkan seorang wanita bernama Siti Rohayu begitu tabah menjalani kehidupannya disamping menjaga seorang suami yang sudah tidak lagi normal.
Kisah sedih kehidupan Siti Rohayu bermula 3 tahun lalu apabila suaminya mengalami kem4lngan jalan raya. Akibat daripada kem4lngan tersebut suaminya telahpun koma selama beberapa bulan. Walaubagaimanapun setelah sedar dari koma, ingatan suaminya tidak lagi seperti dahulu.
Sesiapa sahaja yang menonton video itu pastinya akan tersentuh hati melihat ketabahan hati seorang isteri dalam menjaga dan menyayangi suaminya yang tidak mungkin lagi kembali normal seperti insan lain. Bak kata pep4tah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen.
Sesungguhnya kehidupan kita semua di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Semoga apa jua amalan yang telah kita lakukan didunia ini akan menjadi bekalan untuk kita kesyurga. Amin.
Sumber : Fb Anak-anak Pasir Puteh
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.