Pada 1 Mei yang lalu, Perdana Mnteri telah mengumumkan akan membuka semula hampir kesemua sektor aktiviti ekonomi pada 4 Mei iaitu pada hari ini. Walaupun kebanyakan industri dan perniagaan telah mendapat kebenaran untuk beroperasi, namun pihak kerajaan tidak mahu rakyat leka dan menggesa supaya terus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kemnterian Kesihatan Malaysia.
Kelonggaran ini diberikan dengan memperkenalkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Industri dan perniagaan terpilih juga perlu mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Pengumuman tersebut walaubagaimanapun meraih reaksi berbeza daripada masyarakat. Rata-rata rakyat menyambut baik berita itu kerana telah terputus sumber pendapatan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Namun begitu risiko kepada jangkitan yang tinggi terhadap wabak yang masih tiada penawar itu turut menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Pihak penyedia pengangkutan awam iaitu syarikat RapidKL telah mengemaskini status terkini laman Instagram rasminya bagi membuat penjelasan mengenai satu video yang disyaki plsu.
Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan orang awam berkumpul dan bersesak semasa menunggu ketibaan LRT menyebabkan timbul rasa risau untuk menggunakan pengangkutan awam ketempat kerja.
Susulan daripada itu, pihak RapidKL memohon penyebaran video tersebut dihentikan. RapidKL memaklumkan keadaan adalah terkawal dan tiada kesesakan luar biasa yang berlaku seperti dalam video.
Rata-rata pengguna pengangkutan itu juga memberikan maklumbalas mengenai perkhidmatan RapidKL yang terkawal serta mengucapkan terima kasih kepada pihak RapidKL kerana telah menjelaskan keadaan sebenar lantas meredakan kegelisahan yang melanda masyarakat dek kerana video tersebut.
Berikut dikongsikan beberapa maklumbalas daripada orang awam:
Penyebaran berita plsu perlulah dibendung bagi mengelakkan kekacauan dan kerisauan dalam kalangan masyarakat. Dapatkan fakta dari sumber sahih sebelum anda kongsikan di laman sosial.
Sumber : Instagram myrapidkl
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.