Ketika semua negara sedang mengalami huru-hara akibat dilanda wbak C0v1d19, para petugas barisan hadapan dilihat merupakan golongan yang memainkan peranan paling besar dalam memastikan kesejahteraan awam. Mereka terpaksa bertungkus lumus tanpa mengira masa bagi mengelakkan k3s wbak C0v1d19 ini daripada terus merebak. Para petugas barisan hadapan ini juga sedang berusaha sedaya upaya mereka bagi menyelamatkan para pes4kit yang telah dijngkiti wbak yang masih belum menemui penawar itu.
Sekiranya dilihat kepada statistik k3s semasa, negara kita diantara negara yang mencatatkan penurunan k3s yang agak ketara. Kadar purata sembuh juga menunjukkan peningkatan yang mendadak. Sekaligus membuktikan bahawa negara kita mempunyai kaedah yang berkesan dalam menangani wbak C0v1d19 dan mempunyai perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia.
Salah satu cara bagi mengekang penularan wbak, orang awam perlulah mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa membersihkan tangan. Antara lain, mereka yang mempunyai gejala dn juga mempunyai sejarah perjalanan daripada luar negara juga haruslah mengambil inisiatif untuk menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengesan tanda-tanda wbak tersebut.
Sejajar dengan itu juga, buat sementara waktu segala bentuk majlis keraian dan juga kenduri kendara adalah tidak dibenarkan berlangsung demi memastikan tiada perkumpulan berlaku bagi mencegah jngkitan C0v1d19 ini.
Dpt suprise for my bufday!! xdelh sendu ngat kuarantin sorang² ni..byk betul jasa diorg 😭. Happy Labor day!
Frontliner : APM, Pejabat Daerah Hulu Langat, KKM, PDRM, RELA, JKM & pihak hotel. ❤️ POGH pic.twitter.com/2dm2tWggW8
— Mumu (@littlekia_) May 1, 2020
Menerusi ciapan di twitter seorang gadis memuatnaik satu video sambutan hari lahirnya yang diraikan oleh para petugas barisan hadapan. Gadis tersebut sedang menjalani kuarantin berseorangan dan tidak menyangka menerima kejutan daripada para petugas barisan hadapan dibilik kuarantinnya.
Gadis itu menerima kek dan hadiah pada sambutan hari lahirnya lantas membuatkan dirinya merasa sangat terharu dengan layanan yang diberikan oleh para petugas.
Para netizen memuji layanan para petugas barisan hadapan yang sangat mesra dan tekun dalam menjaga kebajikan orang awam yang sedang menjalani kuarantin. Walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun sikap prihatin mereka yang sudi meraikan para pes4kit sangat besar maknanya.
Ciapan tersebut mencuri perhatian warga twitter dan rata-rata mereka memuji kecemerlangan perkhidmatan yang diberikan oleh para petugas. Sehingga kini ciapan berkenaan meraih 2.6k ciapan semula daripada warga twitter bersama ucapan hari lahir.
Pastinya kenangan menyambut hari lahir tahun ini akan menjadi kenangan indah buat gadis tersebut. Sangat besar pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh para petugas barisan hadapan ini. Semoga mereka semua terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang buat masyarakat dan dilimpahkan rahmat oleh Allah sentiasa. Amin.
Sumber : twitter Mumu littlekia_
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.