Hiburan

“Ingat Opah, sekali pusing Opor” – Netizen

Slot Akasia merupakan sebuah slot di saluran TV3 yang menyajikan pelbagai drama melayu. Slot tersebut bersiaran dari pkul 7 hingga 8 malam dari hari isnin hingga jumaat.  Slot yang mula diperkenalkan sejak tahun 2007 itu sangat terkenal dalam kalangan penonton setia drama melayu. Drama yang mendapat waktu tayangan di dalam slot akasia pastinya bakal menjadi fenomena dan bualan hangat kepada netizen. Disebabkan fenomena sesebuah drama kebiasaannya akan lahir video-video parodi mengenai watak-watak yang mngalkan impak di dalam drama tersebut.

Drama terkini yang ditayangkan di slot akasia ialah drama Bukan Gadis Biasa yang menampilkan beberapa lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Sheila Rusly, Nazim Othman dan juga Remy Ishak. Pelakon yang terkenal dengan membawakan watak antagonis iaitu Sheila Rusly dilihat sekali lagi berjaya membawakan watak antagonis dengan jayanya dalam drama ini sebagai Opah Aminah.

Lakonannya yang sangat berkesan meraih kebencian dan kecaman netizen terhadap watak Opah Aminah. Drama yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Liza Nur ini telahpun memulakan tayangan di slot akasia 23 April yang lalu. Drama tersebut menceritakan kehidupan seorang gadis yang berpewatakan ala tomboi dan berdepan dengan konflik cinta 3 lelaki bersaudara.

Menerusi laman instagramnya Sheila Rusly memuatnaik sebuah video parodi yang dilakonkan oleh seorang individu yang membawa watak Opah Aminah. Di awal video, individu berkenaan berpakaian seperti Opah Aminah namun setelah memalingkan wajahnya baharulah kelihatan raut wajah seorang lelaki yang berjambang.

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan parodi yang dilakukan oleh lelaki berkenaan benar-benar mencuit hati netizen. Ternyata watak Opah Aminah kini sedang tular dan drama tersebut meraih impak yang besar kepada penonton.  Berikut dikongsikan beberapa komen daripada para netizen yang menghujani ruangan komen Instagram Sheila Rusly:

Hahahaha ingat opah aminah tdy…skli pusing opah amin..Kelakar Opah nie..

Fuhhh sedondon satu badan sampei kelangsir nyr….haha, serkop kepala pon peple

patut dari belakang dia punya pipi kembang lain macam, Ingat betul opah tadi, hbis laa watak opah jadi viral ni

Para netizen ini memang kreatif betul yaa kalau bab parodi. Sekilas pandang saling tak tumpah seperti Opah Aminah daripada belakang. Tak sangka tipah tertipu rupanya. Patutlah lain macam badan Opah Aminah ni. Ingatkan Opah rupanya Opor. Hahahaha

Sumber : Instagram sheilarusly_jspictures

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.