Hiburan

“Jgn lambat sangat, nanti orang lain masuk kang menyesal” – Jurunikah

Sejak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama pada 18 April yang lalu, beberapa pas4ngan pengantin juga telah berjaya dinikahkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Perlaksanaan nikah secara dalam talian itu mula diperkenalkan sebagai kelonggaran bagi membantu pas4ngan yang telah memperolehi kebenaran untuk berkahwin mempercepatkan perkahwinan. Selain daripada Malaysia, Emeriah Arab Bersatu (UAE) juga turut melaksanakan akad nikah dalam talian bagi mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan dengan itu beberapa garis panduan telah diperkenalkan bagi pas4ngan yang berhajat untuk menyegerakan penikahan dengan melaksanakan nikah online. Namun begitu, hanya beberapa buah negeri sahaja yang meluluskan nikah online diantaranya ialah Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Diantara syarat sah untuk berlakunya nikah online ialah semasa video conference dijalankan, wali dan pengantin lelaki saling melihat. Majlis tersebut juga perlulah dilakukan pada waktu yang sama dan dihadiri oleh dua orang saksi yang mampu mendengar dan memahami urusan ijab qabul. Antara lain syarat sah ialah individu perlulah diyakini individu sebenar dan urusan ijab dan qabul haruslah bersambung dan tidak diselangi dengan sesuatu yang merosakkan majlis.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan di twitter, seorang gadis memuatnaik video majlis pernikahan dirinya yang telahpun berlangsung secara online. Semasa majlis itu berlangsung berlaku insiden yang mencuit hati dimana pengantin lelaki lambat menyambut akad kerana line internet slow. Hal tersebut menyebabkan jurunikah kurang berpuas hati dengan akad yang dilafazkan itu. Secara berseloroh jurunikah mengusik pengantin lelaki:

“Jangan lambat sgt, nanti orang lain masuk kang menyesal”

Pengantin lelaki menjawab, lafaz akad tersebut kelihatan perlahan disebabkan line internet yang lambat. Jawapan pengantin lelaki disambut dengan derai tawa daripada keluarga pengantin perempuan.

Rata-rata netizen turut merasakan insiden tersebut sebagai lucu dan pastinya akan mngalkan kenangan yang indah buat pas4ngan itu.  Para netizen juga turut mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu.

Agama Islam itu sangat mudah dan tidak menyulitkan. Inisiatif daripada Jakim dengan kerjasama jabatan agama islam negeri itu disambut baik oleh masyarakat dan ternyata kaedah nikah online berkesan untuk membantu memudahkan pas4ngan yang ingin berkahwin semasa tempoh PKP.

Sumber : twitter azizahahmd_

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.