Hiburan

“Kena mintak tips Kak Lofa ni mcm mana nak p0sing catwalk” – Netizen

Ibarat kata pep4tah tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu, begitulah yang boleh dikatakan mengenai kanak-kanak yang mempunyai wajah yang mirip dengan pelakon dan usahawan berjaya Noor Neelofa ini. Pemilik nama Che Naura Auni Che Fahdullah atau lebih mesra di panggil Adik Naura masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan perhatian yang diraih. Menceritakan kisah awal persamaaan wajah adik Naura yang mirip dengan Neelofa, bapa Naura berkata perkara tersebut disedari oleh cikgu tadika anaknya.

Beliau kemudiannya memakaikan tudung kepada adik Naura dan meletakkan bersebelahan gambar Neelofa barulah beliau perasan akan persamaan tersebut. Sepupunya kemudian memuatnaik gambar Naura dan membuat ciapan di Twitter kepada Neelofa.

Bertitik tolak daripada ciapan yang tular di Twitter itulah Adik Naura terus mendapat liputan meluas di media sosial sehingga mendapat undangan untuk hadir ke program Meletop dan dibawa berjumpa dengan Neelofa. Neelofa juga turut mengakui bahawa adik Naura mempunyai wajah yang sangat mirip dengan wajahnya.

Adik Naura juga sudah mempunyai akaun Instagram sendiri. Sehingga kini adik Naura mempunyai pengikut seramai 228k di akaun instagramnya. Ibu bapa Naura juga tidak menolak sekiranya adik Naura menerima tawaran dalam bidang seni.

Menerusi akaun instagramnya, ahli keluarga Naura baru sahaja memuatnaik video terkini adik Naura sedang ber “OOTD”. Video itu mencuri tumpuan netizen kerana aksi adik Naura yang sedang bergaya sakan nampak sangat comel.

Walaubagaimanapun di akhir video tersebut kelihatan adik Naura terjatuh dan sedang menangis. Agaknya seronok bergaya sehingga adik Naura j4tuh terpeleot dibuatnya. Hahaha

Rata-rata netizen merasa sangat lucu dengan keadaan adik Naura. Namun melihatkan adik Naura yg menangis teresak-esak timbul perasaan kasihan pula. Netizen juga meminta adik Naura supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Kesian adik Naura. Lepas ni kalau nak posing-posing dan catwalk boleh la minta tips daripada Kak Lofa yaa macam mana cara Kak Lofa pakai heels tujuh inci tak terpeleot bila nak posing. Nanti minta Kak Lofa turunkan sikit ilmu kat adik Naura ni. Manalah tahu lepas ni giliran adik Naura pula bersinar dalam dunia seni. Siapa tahu kan?

Sumber : Instagram nauraboniey

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.