Gmpar semenjak dua menjak ini, dengan kontr0versi dan kec4man yang telah dilemparkan kepada pendakwah bebas tanah air yang disayangi ramai iaitu Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih mesra disapa Ustaz Ebit Lew. Walaupun banyak membuat kebaikan dan membantu orang ramai yang memerluukan di luar sana, tetapi bagaimanapun masih ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit dengan mengatakan segala perbuatannya adalah perbuatan riak semata-mata.
Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman yang merupakan usahawan kosmetik terkenal tanah air mengakui merupakan kontak rapat Ustaz Ebit dan sering membuat urusan bersama iniĀ telah menyangkal segala tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya. Memuatnaik video yang berdurasi 10 minit di Y0utube miliknya iaitu TV Terlajak Laris, Dato Aliff telah membongkarkan sifat mulia dimiliki oleh Ustaz Ebit yang masih belum diketahui umum.
Beberapa hari lepas juga, Ustaz Ebit telah diarahkan memberi keterangan di Balai Polis Bukit Aman atas aduan yang telah dilakukan oleh pihak tidak diketahui atas tuduhan mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan.
Hampir putus asa dan berserah, dia membuat kenyataan untuk berhenti membuat kerja amal membantu orang ramai buat seketika. Setelah siasatan dilakukan, akhirnya Ustaz Ebit didapati tidak bersalah dan akhirnya masih meneruskan kerja amal tersebut.
Mengejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Aliff pada minit 4:58 dalam video tersebut, dia mengatakan bahawa dia pernah menawarkan Ustaz Ebit sejumlah duit dengan nilai yang besar tetapi malangnya telah ditolak oleh dirinya.
Dato Aliff juga berkata bahawa dia juga pernah mengajak Ustaz Ebit untuk berkolaborasi sama dengannya tetapi sekali lagi ditolak dengan mengatakan segala kerja dan amal yang dilakukan olehnya dari hati yang ikhlas.
Sikapnya yang begitu mulia itu telah mendapat pujian Dato Aliff sendiri dengan mengatakan bahawa Ustaz Ebit merupakan individu dan pendakwah berbeza dari yang lainnya. Manusia mana yang akan menolak jika ditawarkan wang dengan jumlah yang besar jika mahu ditandingkan dengan ekonomi dan barangan yang semakin meningkat kini. Tetapi tidak buat Ustaz Ebit yang masih teguh pendirian, dia memilih untuk tidak menerima dan menolakĀ bantuan wang tunai yang ditawarkan oleh Dato Aliff kepadanya.
Sebagai individu yang juga sering menerima kecaman dan tuduhan, pasti Dato Aliff faham situasi yang sedang melanda Ustaz Ebit ketika ini. Cukup dengan hal-hal yang didedahkan oleh Dato Aliff dan orang ramai, sifat mulia dalam diri Ustaz Ebit memang satu perkara yang harus dikagumi dan dicontohi. Semoga urusan Ustaz Ebit sentiasa dipermudahkan olehNya dan perkara ini dapat selesai dengan segera amin.
Sumber: Youtube TV Terlajak Laris
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.