Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan, pasti ramai yang sudah maklum bahawa perjalanan orang ramai telah diperketatkan dari rumah ke sesuatu tempat. Perjalanan yang dibenarkan oleh pihak kerajaan adalah sebanyak 10 Kilometer dan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan bagi keluar mencari barang keperluan dan segala urusan penting. Alternatif lain yang mudah sepanjang masa Pkp ini adalah dengan menggunakan servis penghantaran makanan dan pembelian lain seperti Grab Food, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain lagi.
Tetapi masih ramai lagi mereka di luar sana yg memandang enteng dan remeh dengan pekerjaan dan nasib-nasib yang telah dialami oleh rider semasa melakukan penghantaran.
Kejadian yang dikatakan berlaku di Sksyen 9 Shah Alam ini menunjukkan nasib seorang rider Grab Food yang sedang mengharungi banjir dan telah dikongsikan di laman Twitter wongzaff. Kejadian ini telah mendapat perhatian dari ribuan netizen yang turut bersimpati dengan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka. Hujan yang lebat telah berlaku di sekitar kawasan Selangor dan menyebabkan beberapa tempat telah banjir teruk sehingga menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan tugas penghantaran.
Tak berputus asa dengan jalan yang sudah banjir itu, rider tersebut terlihat masih gigih menolak motornya bagi membuat penghantaran tersebut. Tak kira panas dan hujan, rider-rider ini masih harus menjalani tanggungjawab menghantar pesanan yang telah dilakukan oleh pelanggan tepat pada waktunya bagi menjaga kepuasan pelanggan terhadap servis mereka. Mereka ini juga dikatakan sering dimarah dan mendapat makian dari pelanggan jika penghantaran dilakukan sedikit lambat atau tidak tepat pada waktunya.
Ya Allah kau murahkan lah rezeki abang grab ni ya Allah.Permudahkan lah urusan dia .Aminnnn pic.twitter.com/PdI57WzW8z
— Zaff Wong #StayAtHome (@WongZaff) April 23, 2020
Pasti ramai yang perasan dengan berita kem4langan jalan raya yang melibatkan rider-rider semasa melakukan penghantaran makanan sepanjang musim Pkp ni. Demi menjaga kepuasan pelanggan, ada diantara mereka ini sanggup menggadaikan nyawa dengan tergesa-gesa agar pesanan sampai kepada pelanggan dengan lebih cepat. Netizen tidak ketinggalan mngalkan komen positif dan nasihat kepada mereka yang lain agar bertimbang-rasa dengan pekerjaan yang dilakukan rider-rider ini.
“Always bagi rider 5 star. Diorang ibarat pembawa rezeki korang k. Takde diorang tak makanla makanan best-best during Pkp ni” – Netizen
Sikap timbang-rasa dan tolak-ansur dalam kalangan masyarakat adalah harus lebih-lebih lagi buat mereka yang menjalankan tugas sepanjang musim Pkp ni. Tak perlu marah atau memaki rider jika terlambat kerana pasti ada sebab lain yang menyebabkan mereka tidak sampai tepat pada waktu. Semoga urusan semasa menjalankan tanggungjawab buat rider-rider di luar sana sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Twitter WongZaff
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.