Hiburan

Bagus Azal, ngantuk-ngantuk pun bangun” – Netizen

Menjengah bulan Ramadhan yang mulia, umat islam sudah mula membuat persiapan untuk berpuasa dan bersahur. Walaupun bulan Ramadhan tahun ini dilalui semasa seluruh negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kemeriahan untuk meraikan ketibaan bulan penuh berkah itu masih dirasai. Berkongsi pengalaman hari pertama berpuasa, beberapa artis juga tidak terlepas memuatnaik pengalaman mereka bersahur untuk menjalani ibadah puasa yang dituntut oleh agama islam itu.

Buat Zarina Zainuddin yang mempunyai anak kembar yang mengidap aut1sm iaitu Azal dan Azil, dia juga berjaya untuk mengejutkan anak istimewanya itu supaya bersahur bersama. Zarina Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia dan wajahnya seringkali menghiasi beberapa drama bersiri popular tanah air seperti Senafas Rindu dan Hati Seorang Perempuan. Berjinak dengan dunia perniagaan, kini Zarina mengusahakan produk pulut kuning rendang.

Sering digelar wanita besi kerana kegigihannya membesarkan kembar autism, Zarina sebenarnya mempunyai 4 orang anak. Walaupun jarang sekali bercerita mengenai kehidupan rumahtangga namun Zarina kerap berkongsi kehidupannya membesarkan kedua-dua orang anak kembar istimewanya itu buat tatapan umum. Perkongsian tersebut berniat untuk memberikan lebih pendedahan mengenai aut1sm.   

Muatnaik  terkini video di instagram gelagat anaknya Azal yang bangun untuk bersahur. Walaupun masih dalam keadaan mengantuk, namun Azal masih mampu untuk bangun dari tidur dan duduk dimeja makan. Dalam keadaan yang masih lagi terpinga-pinga Azal bertanya kepada ibunya “Kenapa ibu” kerana mungkin tidak mengerti amalan bangun bersahur dalam bulan Ramadhan.

Para netizen memuji Zarina kerana berusaha untuk mendidik anak-anaknya untuk bersama menjalani ibadah puasa. Walaupun ibadah itu tidak wajib dilaksanakan oleh anaknya yang mengidap Autism namun sekurang-kurangnya dengan cara itu, mereka tidak ketinggalan dan dapat merasai suasana menjalani ibadah bersahur dan berpuasa.

Alhamdulillah dapat juga kita merasai nikmat menyambut bulan puasa kali ini. Semoga ibadah puasa kita semua diterima dan amalan kita juga dirahmati oleh Allah.

Sumber : Instagram zarinazainuddin_

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.