Hiburan

“Sebijik macam mamanya, Dato feeling c1um Datin kan, rindu la tew” – Netizen

Kemelut rumahtangga pas4ngan Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida bukan lagi rahsia. Dato’ Aliff juga pernah mendedahkan mengenai borang percraian yang dimohon oleh Datin Shahida sebelum ini. Walaupun mereka berdua masih berdiam diri dan tidak mendedahkan status rumahtangga mereka namun laman Instagram mereka berdua jelas menunjukkan yang hubungan mereka berdua sudah tidak lagi seperti dahulu. Mereka berdua juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik satu sama lain.

Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mendirikan rumahtangga pada 10 Ogos 2008. Usia perkahwinan mereka berdua sudahpun mencecah hampir 12 tahun. Hasil dari perkahwinan itu kini mereka berdua telah memiliki 6 orang cahaya mata iaitu Ammar, Qadejah, Baem, Meena, Yusof dan juga Raudhah.

Dato’ Aliff berkenalan dengan Datin Shahida semasa mereka berdua bekerja bersama suatu ketika dahulu. Dato’ Aliff yang mempunyai perwatakan yang ceria dan gila-gila pada awalnya tidak serasi dengan Datin Shahida namun akhirnya tidak menyangka Datin Shahida rupanya jodoh yg telah ditetapkan Ilahi buat dirinya.

View this post on Instagram

Anak abah❤️

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang menc1um Raudhah, gambar tersebut pantas mencuri tumpuan netizen yang mengatakan Dato’ Aliff bagaikan sedang menc1um isterinya Datin Shahida kerana wajah Raudhah yang seiras dengan wajah mamanya itu.

Rata-rata netizen merasa sayu dan amat kasihankan anak-anak Dato’ Aliff yang masih kecil dan perluukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ramai yang mendoakan agar hubungan mereka berdua kembali pulih seperti dahulu.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini, para netizen juga meminta agar Dato’ Aliff kembali kepangkuan keluarga. Bak kata pep4tah buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen:

Kembalilah kpd datin – netizen

Baliklah ke pangkuan keluarga…kesian baby. esok lusa terpisah didunia ini buat selama-lamanya…..semuanya pinjaman jer.. – netizen

As salam Dato n Datin, buang yg keruh ambik yg jernih…kesian kat anak2… – netizen

Ramadhan Kareem dato..sempena Ramadhan yang hampir tiba ini, buka buku baru dato.Buang yang keruh ambillah yg jernih. Ramai yang rindu dekat dato di rumah tu, pulanglah ye ke pangkuan keluarga.Berdamailah wahai dua hati.. – netizen

Aku doakan semoga kemelut rumah tga mereka ni selesai , harap jgn la sampai bercrai brai kesian kat anak2– netizen

Semoga masih ada sinar buat hubungan pas4ngan ini. Manalah tahu berkat bulan Ramadhan kali ini membuka hati mereka berdua untuk kembali berbaik demi anak-anak yang masih kecil. Sama-sama lah kita doakan.

Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.