Ramadhan ialah bulan yang sangat ditunggu oleh umat islam. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dan penuh barakah. Umat islam berlumba lumba mengerjakan amal ibadah di dalam bulan ini kerana pahala yang bakal diterima adalah berganda daripada bulan biasa. Dalam bulan Ramadhan juga umat islam dituntut untuk menjalani ibadah puasa. Setelah sepanjang hari menahan lapar dan dahaga, pada malam harinya umat islam disunatkan untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah dimasjid.
Mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, Mawar Rashid menyuarakan hasratnya untuk cuba bertudung sepanjang bulan Ramadhan.
Gadis yang memulakan kerjaya menerusi program Dewi Remaja ini pernah memenangi gelaran Dewi Favourite semasa dalam pertandingan tersebut. Mawar kemudiannya menjadi pelakon dan kini berjinak dalam bidang perniagaan menerusi produk kosmetik pertama beliau iaitu Magic Rose yang merangkumi serum bibir dan pipi.
Memuatnaik sekeping gambar beliau memakai tudung berwarna hitam, hasrat untuk bertudung sepanjang bulan Ramadhan itu disuarakan melalui laman instagramnya. Kata beliau lagi, percubaan untuk memakai tudung sepanjang Ramadhan ini merupakan kali pertama buat dirinya. Mawar juga meminta cadangan para peminat untuk mengesyorkan kedai tudung bagi menambah koleksi tudung yang sedia ada.
Menyambut baik hasrat tersebut, para peminat rata-rata menyokong dan mendoakan Mawar agar terus istiqamah dan berubah kepada kebaikan seterusnya kekal dengan imej barunya itu.
Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen :
MashaAllah, U can do it mawar โ netizen
Dgn niat untk berubah ke jln yg baik insyaallah boleh ..klau boleh hbs puasa ni pun pakai tdg..kene bljr niat nk brtudung bkn tudung sbg fesyen sj โ netizen
Alhamdulillah…teruskan niat baik mekwa tu…semoga dipermudahkan segala urusan mekwa โ netizen
bagus akak teruskan hijrah hijrah itu indah dan istiqamah itu manis. kami sebagai fans kakak kami lagi suka kakak pakai tudung lagi cantik memandang sejuk hati memandangโ netizen
Alhamdulillah Mawar terbuka hati untuk cuba berhijab sepanjang bulan Ramadhan dan itu merupakan suatu langkah yang boleh dipuji. Marilah kita bersama mengambil peluang sepanjang bulan Ramadhan ini untuk perbaiki diri dan menambah pahala. Semoga semua amal kita nanti diterima Allah. Amin.
Sumber : Instagram mawarashid
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.