Sebut sahaja nama Siti Aafiyah, pasti yang terlintas ialah wajah comel dan telatah lucu anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti. Panggilan penuh kasih sayang oleh ibundanya iaitu “Aafiyah anak ibu” juga seolah terngiang-ngiang kedengaran. Ajaibnya panggilan Tokti buat anakandanya itu mudah benar melekat dihati kita semua. Kuat sungguh pengaruh Tokti ini kepada rakyat Malaysia. Sehinggakan panggilan buat anak kesayangan pun menjadi ikutan.
Tokti kini sedang bahagia meniti fasa bergelar seorang ibu selepas penantiannya untuk memiliki zuriat hampir sebelas tahun dimakbulkan dengan kelahiran Aafiyah. Nama Siti Aafiyah membawa maksud perlindungan Allah bagi hambaNya daripada pelbagai peny4kit dan benc4na. Kini Aafiyah ternyata menjadi penawar dan penyeri dalam kehidupan Tokti.
Aafiyah yang sudah menginjak keusia 2 tahun sudah semakin membesar dan bijak. Aafiyah juga petah berkata-kata dan gelagat lucu Aafiyah kerap mencuri tumpuan netizen yang mengikuti perkembangan semasa dirinya.
Sayang betul Aafiyah dengan Baby Koala dia tu. Kalau dah pegang pel0k memang takkan lepas. Sesiapa sahaja yang cuba meminta anak patung kesayangannya itu pasti tidak akan diberikan oleh Aafiyah walaupun ibunya sekalipun yang meminta.
Muatnaik terkini mengenai aktiviti Aafiyah di Instagram, pengasuhnya menunjukkan kepada Aafiyah buah yang jarang ditemui iaitu buah munggai. Kecomelan Aafiyah menyebut nama buah tersebut sangat menarik hati. Muncung mulut Aafiyah nak sebut nama buah munggai tu yer. Kecerdikan Aafiyah sangat dikagumi oleh para netizen. Rata-rata netizen memuji buah hati kesayangan Tokti itu.
Netizen juga turut teruja melihatkan buah munggai kerana buah itu jarang diperoleh, beberapa netizen juga berkongsi bahawa buah tersebut mempunyai beberapa nama panggilan. Selain daripada buah munggai ada juga yang memanggilnya buah kelor atau kacang kelor dan ada juga memanggil buah murungkai. Biasanya buah tersebut dibuat masak kari.
Tokti mengilhamkan nama Siti Aafiyah di Mekah semasa menunaikan umrah beberapa tahun lepas. Seindah namanya semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang berbakti buat kedua-dua orang tuanya apabila sudah dewasa nanti. Amin.
Sumber : Instagram aafiyahkhalid
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.