Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, buat pertama kalinya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telahpun berjaya melaksanakan sebuah acara perkahwinan secara dalam talian. Majlis pernikahan secara sidang video itu telah disempurnakan dalam sekali lafaz oleh pengantin lelaki. Sedia maklum akan keadaan semasa negara yang sedang berdepan dengan masalah w4bak C0v1d19, JAWI mengambil inisiatif untuk membenarkan acara akad nikah tersebut berlangsung secara sidang video berdasarkan garis panduan yg telah ditetapkan.
Kelonggaran tersebut diberikan kerana mengambil kira isu beberapa bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan majlis akad nikah mereka kerana wabak C0v1d19. Pas4ngan yang berhasrat untuk berkahwin secara online juga perlulah mendapatkan borang dan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.
Walaubagaimanapun permohonan kebenaran untuk berkahwin secara online itu hanya meliputi kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja buat masa ini.
Berita tersebut telah menarik perhatian netizen yang sangat kagum dengan perubahan teknologi pada masa kini. Hal yang di rasakan agak mustahil terjadi sebelum ini telahpun dilaksanakan dengan jayanya.
Mungkin juga hikmah disebalik wabak yang melanda membuatkan perkara yang mustahil akhirnya bisa berlaku. Sebagai artis yang peka dengan isu semasa, Fizo Omar juga memberikan reaksi terhadap isu tersebut.
Memuatnaik status media sosial terkini beliau yang bersetuju dengan perlaksanaan akad nikah secara online, Fizo juga menyelitkan mesej di sebalik sokongan beliau terhadap perlaksanaan itu. Menyedari terdapat sebahagian masyarakat yang membantah dan kurang bersetuju, Fizo menyatakan sokongannya melalui beberapa tanda pagar iaitu islam itu mudah, kepada ustaz sosial media tak perlu pandai nak bagi hukum dan juga mufti dan mnteri agama sendiri dah sahkan. Fizo juga sempat menulis dalam nada bergurau “Saboo k jangan nak gelojoh sgt”
Susulan dari gambar tersebut, Fizo menerima beberapa komen dari para peminat dan juga artis. Menariknya isu itu turut mencuri perhatian Mawar Karim iaitu bekas isteri Fizo sendiri. Mawar mngalkan komen di ruangan Instagram Fizo Omar yang berbunyi :
“Ayoyo Haji Joe nak kawin online jimat tu , kalau Haji Joe nak jimat lg kawin bulan posa tak payah bagi makan “ – Mawar Karim
Komen itu juga mendapat balasan kembali daripada Fizo Omar.
“kahwin bulan puasa xbest…rugi” – Fizo Omar.
Netizen teruja melihat mereka berdua kembali berbalas komen dan mendoakan supaya ada sinar harapan untuk kasih mereka berdua kembali bertaut. Berikut adalah komen netizen yang inginkan mereka berdua bersatu kembali.
Sesungguhnya ajal m4ut tu semuanya Allah sudah tentukan. Sekiranya jodoh mereka berdua masih panjang pasti akan bersama kembali dan insan yang paling gembira mestilah anak mereka berdua iaitu Cik Yam. Walaubagaimanapun sekiranya mereka berdua sudah membawa haluan masing-masing dan selesa berkawan mungkin itu juga adalah perkara yang sewajarnya buat mereka.
Sumber : Instagram fizoomar
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.