Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi merupakan seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari yang lalu, masih lagi menikmati fasa berbulan madu bersama suami tersayang. Elly Mazlein yang sebelum ini sering menutup muka bakal suaminya itu mula mendedahkan identiti pas4ngannya setelah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri.
Terbuka untuk berkongsi detik perkenalan beliau bersama suaminya itu, Elly Mazlein memaklumkan bahawa suaminya yang bekerja sebagai seorang cikgu Geografi itu bertindak berani dengan memberikan nombor telefonnya kepada Elly selepas bertemu disebuah majlis aqiqah anjuran seorang sahabat.
Menggelarkan suaminya sebagai Papa Awan Nano, Elly kini kelihatan bahagia bersama Cikgu Geografi berusia 29 tahun itu. Elly dan suaminya yang dikenali sebagai Cikgu Azlan sering menghabiskan masa membuat aktiviti bersama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Beliau juga berkongsi aktiviti tersebut di youtube dan juga Instagram peribadi milik beliau buat tatapan peminat. Dikenali sebagai seorang yang manja dan ceria, Elly sering mencuri tumpuan netizen yg terhibur dengan gelagatnya itu.
Memuatnaik aktiviti terkini beliau bersama Cikgu Azlan di instagramnya, Elly juga tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah pas4ngan selebriti Scha yang menggalas tanggungjawab menggunting rambut Awal. Gambar terkini rambut Cikgu Azlan hasil sentuhan Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Kepom itu tidak kurang hebatnya. Menepati tema Cikgu Geografi, Elly juga berkata dirinya ada membuat garisan khatulistiwa buat suami tersayang.
Kak Lina Kepom bertanyakan pendapat kepada para pengikutnya akan hasil sentuhan beliau. Beberapa gambar yang dimuatnaik itu menampilkan rambut Cikgu Azlan pada bahagian kiri, kanan, belakang dan hadapan. Wajah Cikgu Azlan kelihatan tersenyum sahaja. Mungkin sudah pasrah dan redha dengan tukang gunting kesayangannya itu.
Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat Kak Lina. Alamak Kak Lina ada yang kata nampak bertingkat-tingkat lah. Tapi tak apalah sesuai dengan hashtag Kak Lina, nasib laki lawo. Boleh diperbaiki lagi tu Kak Lina. Lagipun gaya tukang gunting tu dah ada tu Kak Lina.
Tak sangka yaa Kak Lina kepom kita ni ada bakat juga yaa. Siap boleh buat garisan khatulistiwa lagi. Lepas ni boleh lah ambil servis menggunting rambut pula. Sesiapa yang mahukan kelainan boleh menempah servis menggunting rambut dgn Kak Lina Kepom kita ni. Nanti dapat free garisan khatulistiwa. Haha comel sungguh garisan khatulistiwa Kak Lina Kepom.
Sumber : Instagram iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.