Hiburan

“Ada yang DM kata banyak main daripada mengaji” – Fakhrul UNIC

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan ada beberapa artis yang mengambil inisiatif untuk membuat program bersama para peminat. Salah seorang yang memanfaatkan tempoh PKP untuk aktiviti beribadah ialah Fakhrul UNIC. Fakhrul mula menganjurkan program Live IG Mengaji di instagramnya sejak PKP diumumkan oleh kerajaan. Program yang mengajar para peminatnya mengaji secara online tu menggabungkan unsur belajar sambil berhibur.

Fakhrul juga menjemput beberapa orang artis untuk mengaji bersama sebagai penyeri program. Beberapa artis yang telah menyertai program tersebut ialah Ernie Zakri, Diana Amir dan Izzue Islam. Fakhrul atau nama sebenar beliau Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin ini dilahirkan pada 6 April 1986.

Beliau yang kini berusia 34 tahun berasal daripada Alor Setar Kedah. Fakhrul mula menganggotai kumpulan UNIC pada tahun 2009 dan sempat merakamkan album bersama untuk album Langkah Tercipta. Selain daripada menyanyi beliau juga aktif sebagai pengacara. Mengajar mengaji juga merupakan pekerjaan sampingan beliau.

Usaha Fakhrul menganjurkan sesi Live IG Mengaji tersebut adalah sebahagian daripada dakwah dan juga memberikan pengisian dari segi kerohanian sepanjang PKP. Fakhrul yang telahpun berjaya menjemput artis daripada pelbagai bidang menyertai sesi itu kian hari menerima sambutan menggalakkan daripada peminat Program tersebut sangat dipuji kerana telah menyerlahkan sisi lain dalam diri artis.

Ada artis yang sangat pandai mengaji dan berkebolehan untuk bertaranum. Para peminat yang menonton juga boleh belajar bersama untuk mengenal dan membaca ayat suci al-quran mengikut tajwid yag betul.

Baru – baru ini Fakhrul telah menjemput Shuk Hotfm sebagai artis jemputan untuk mengaji bersama beliau dalam program tersebut. Sudah namanya pelawak, gandingan Fakhrul bersama Shuk yang sama-sama kebetulannya berasal daripada utara menjadikan program tersebut sangat kelakar. Program yang pada awalnya mengajar mengaji telah menjadi program lawak pula.

Dalam program IG Live mengaji itu Fakhrul pada awalnya ingin menjelaskan cara sebutan dan bacaan huruf jawi yang betul kepada Shuk namun penjelasan beliau berkenaan sebutan yang melibatkan kedudukan gigi telah mencuit hati para peminat. Respon sporting yang dibalas oleh Shuk juga membuatkan program mengaji itu menjadi lebih kelakar dan meriah daripada kebiasaan.

Fakhrul telah berkongsi bahawa beliau menerima Direct Message (DM) daripada netizen yang menegur sesi beliau mengaji bersama Shuk tempoh hari tidak mencapai matlamat awal untuk mengajar Al- Quran. Fakhrul mengatakan bahawa ada netizen yang merasakan sesi tersebut lebih banyak “main-main”. Oleh itu Fakhrul memohon maaf kepada netizen yang beranggapan sedemikian kerana mempunyai kelemahan kerana mudah terhibur.

Walaubagaimanapun perkongsian oleh Fakhrul mengenai Direct Message (DM) tersebut disangkal oleh para peminat yang rata-rata mngalkan komen yang positif diruangan komen instagram beliau. Peminat merasakan bahawa tidak ada salahnya mengaji sambil berhibur.

Berikut ialah komen para peminat :

“Kenapa de boleh complain mcm tu skali? Nama pun ngaji santai… Benda ni bergantung pada siapa jemputan ustaz… Sy, sejak pkp ni bila tgk live ni masa mula2 rasa tertarik dan smpi ke skrg duk tgk ngaji santai ni… Dr org yg xbeberapa minat, terus minat… Sbb dia xseperti dlm class sek agama dulu2.

Sy tak tau sama ada bergurau dlm pembelajaran ni betul or tidak…tp cara yg ustaz buat ni dah cukup ok bg sy… Best dan santai… Dia boleh belajar sesuatu… Kepada neziten yg suka complain… Pi cari ustaz lain yg lebih serious ka pe ka… Jgn ganggu or spoil mood kami2 yg baru nak mengenal alquran….” – Netizen

“Dlm ketawa, bnyk ilmu ustaz share.. Kami pun xla ngantuk.. Insyaallah ilmu tu kami dpt.. Haaaa.. Pedas ke haa besar.. Fama.. Famaaaa ” – Netizen

“Itu pun Kau orang susah hati…. Dari dok melalak jeeee x ada ilmu akhirat lbh baik santai2 tuntut ilmu yg bermanafaat. Nak tegur orang pun berpada lah…. Yg artis dok bertik tok anak beranak dan ada yg merapu meraban benda tak berfaedah, tak kecoh pun. Ada nas ke yg ckp mengaji quran atau menuntut ilmu agama kena serious?” – Netizen

Rasanya tiada salah untuk berhibur walaupun semasa belajar. Pembelajaran secara santai itu akan membuatkan sesebuah program lebih menarik. Yang penting apa yang cuba disampaikan semasa mengajar itu dapat difahami dan diterima baik oleh masyarakat.

Sumber : Instagram fakhrulunic

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.