Semenjak akhir-akhir ini desas desus hubungan perkahwinan Datuk Seri Alif Syukri dan Datin Seri Shahida semakin menjadi perbualan hangat. Netizen mula menghidu kemelut rumah tangga anak kepada Bonda Rozita Ibrahim itu apabila Datin Seri Shahida sudah tidak lagi memuatnaik gambar bersama suaminya di laman Instagram peribadi miliknya. Datuk Seri Alif dan Datin Seri Shahida juga masing-masing sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik diantara satu sama lain.
Bertambah kecoh pula apabila Bonda Rozita yang merupakan ibu kepada Datuk Alif sudah tidak lagi mengikuti Instagram Datin Seri Shahida. Bonda Rozita yang turut tempias kontroversi melibatkan anak dan menantunya ini menepis dakwaan mempunyai masalah bersama Datin Seri Shahida. Bonda Rozita menjelaskan tindakan dirinya tidak mengikuti Instagram Datin Seri Shahida adalah kerana sudah terlalu penat dgn ragam anak-anak dan tidak mahu semakan otak dengan perkara yang kurang berfaedah.
Ibu kepada tujuh orang anak ini mempunyai produk dan perniagaannya sendiri iaitu Jamu Ratu Malaya dan juga Rumah Hutan. Bonda Rozita memulakan langkah dalam dunia perniagaan selepas bercrai dengan suaminya yang pertama. Beliau mengasaskan jenama Sendayu Tinggi yang kini diserahkan kepada anak sulungnya iaitu Noor Hayati. Datuk Seri Alif Syukri mengikuti jejak langkahnya bergelar usahawan dengan menubuhkan jenama D’Herbs.
Rentetan daripada tindakan Bonda Rozita yang tidak lagi mengikuti Instagram milik Datin Seri Shahida dituduh sebagai cuba menyindir menantunya. Bonda Rozita walaubagaimanapun tampil membela diri dengan menegaskan bahawa hubungan beliau bersama Datin Seri Shahida masih lagi baik dan tidak pernah berg4duh.
Bonda Rozita juga memberitahu dirinya tidak pernah mencari g4duh dengan orang luar, jadi mengapa perlu beliau berg4duh dengan menantunya. Hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan Bonda Rozita bersama menantunya Datin Seri Shahida dilihat sangat akrab umpama anak sendiri.
Bonda Rozita memuatnaik satu video memaparkan suasana rumah hutannya. Namun caption bersama video tersebut mengundang sebak netizen. Bersama video tersebut Bonda Rozita menyelitkan doanya agar kesemua anak-anaknya termasuk Dato Aliff, Yati dan Ajim diberikan jodoh yang berpanjangan di dalam alam perkahwinan, saling memahami dan berusaha mendidik keturunan masing-masing menjadi insan yang kamil.
Sebelum ini Datuk Seri Alif pernah mendedahkan surat tuntutan percraian namun Datuk Seri Alif menafikan yang itu adalah adalah surat pencraian mereka. Datuk Seri Alif dan juga Datin Seri Shahida didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.
Apabila diminta mengulas lanjut berkenaan pendedahan Datuk Seri Alif itu, Datin Seri Shahida mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang komen dan hanya berkata bahawa sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk memberikan komen mengenai isu rumah tangganya.
Seolah memahami keadaan yang berlaku para netizen turut mengaminkan doa Bonda Rozita dan meminta Bonda Rozita teruskan berdoa kerana doa seorang ibu tiada hijabnya. Mereka memahami bahawa seorang ibu hanya mahukan yang terbaik buat anak menantunya. Semoga Datuk Seri Alif dan Datin Seri Shahida berbaik semula dan dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga ini dengan matang.
Walaupun status perkahwinan Datuk Seri Alif dan Datin Seri Shahida masih lagi menjadi tanda tanya, marilah kita sama-sama doakan agar mereka berdua tabah mengharungi dugaan dalam rumah tangga dan dapat keluar daripada konflik ini dengan pengakhiran yang baik.
Sumber : Instagram bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.