Nora Danish atau nama sebenar beliau Nora binti Mohd Danish merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi di Malaysia. Nama beliau mula dikenali sewaktu awal kemunculan beliau dalam sebuah sitkom arahan Aziz M Osman iaitu Puteri. Menerusi tagline “kita enjoy” sitkom tersebut berjaya menaikkan nama Nora. Sehingga kini tagline “kita enjoy” masih lagi menjadi usikan sesiapa sahaja setiap kali bertemu dengan beliau.
Di samping drama, Nora juga banyak meneraju watak utama di dalam filem seperti Cuti-Cuti Cinta, Aku Terima Nikahnya dan juga Polis Evo. Nora Danish yang kini berusia 38 tahun dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu. Anak jati Terengganu ini mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga.
Nora Danish mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ashram dan mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama usahawan Nedim Nazri. Perkahwinan kali keduanya dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Mohamed Neqayl Nedim.
Nora Danish merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai pengikut yang ramai di Instagram. Sehingga kini beliau mempunyai 6.7m juta pengikut di Instagram. Wajahnya yang comel seakan tidak dimamah usia walaupun beliau kini sudahpun menginjak ke usia akhir 30an. Sikapnya yang sentiasa ceria serta gayanya yang manja disenangi oleh para peminat.
Mempunyai wajah yang fotogenik, Nora kerap memuatnaik wajah selfie dirinya dan aktiviti seharian beliau bersama keluarga. Beliau juga sering dilihat mengisi masa berkualiti sepanjang PKP membuat video tiktok dirinya bersama anak-anak.
Nora Danish mula berkawan rapat dengan pelakon Zizan Razak sejak menjayakan watak sebagai adik kepada Zizan di dalam filem Polis Evo. Bersempena dengan hari kelahiran Zizan Razak, Nora Danish memuatnaik video Zizan yang membuat ucapan semasa hari lahir beliau pada bulan Mac yang lalu. Kali ini Nora Danish membalas kembali dengan membuat ucapan panjang lebar buat Zizan pula.
Nora meluahkan rasa gembira kerana mempunyai seorang rakan yang sangat kelakar. Ucapan yang penuh makna itu turut mendoakan supaya Zizan cepat-cepat bertemu seseorang yang serasi dan berharap hubungan tersebut berkekalan sehingga ke Jannah.
Nora Danish yang merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik perempuan ni juga turut berkata sekiranya beliau mempunyai seorang lagi adik perempuan, beliau akan menyatukan adiknya dengan Zizan. Kalaulah Nora mempunyai adik, pasti wajah adik Nora juga comel seperti Nora. Memang confirm lah sesuai sangat dengan Zizan. Hubungan itu pula sudah tentulah telahpun direstui oleh Nora.
Zizan walaubagaimanapun membalas ucapan Nora dengan mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan doa dari Nora itu. Zizan juga sempat meminta supaya Nora menari tiktok sebagai hadiah buat hari lahirnya. Hahahaha kuat menyakat betul.
Rata-rata netizen bersetuju supaya Nora Danish membantu mencarikan jodoh buat Zizan. Zizan dan Nora kedua-duanya berasal daripada Terengganu. Mungkin Nora boleh mencarikan seseorang yang berasal dari Terengganu juga. Siapa tahu kan?
Ada juga yang sebak dengan ucapan Nora Danish kerana merasakan ucapan tersebut sangat ikhlas. Sweet sangat ucapan Nora Danish ni buat sahabatnya.
Ramai sungguh yang sayangkan Zizan Razak ni. Sempena hari lahirnya, selain daripada Nora, Zizan turut menerima ribuan ucapan dan doa daripada para peminat, selebriti dan juga sahabat dalam industri. Beruntung Zizan mempunyai sahabat seperti Nora yang sangat prihatin dan mendoakan kesejahteraan sahabatnya. Sebagai peminat, jom doakan agarkan Zizan supaya cepat bertemu jodoh. InsyaALLAH.
Sumber : Instagram noradanish
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.