Hiburan

“Mama ibu, ayah skrg dlm ambul4nce, doakan ayah ok love both of you” – Ashraf Muslim

Ujian tanda Allah sayang, Allahuakbar pelakon Ashraf Muslim di sahkan positif C0v1d 19. Di khabarkan Ashraf bersama dengan pelakon Putri Aishah membuat pengambaran drama bersiri Demi di Inverness Scotland bulan lepas. Putri Aaisyah yang turut positif sebelum ini telah di rawar di hspital sungai buloh. Ashraf Muslim yang baru menerima keputusan dan memberitahu umum tentang berita tersebut di instagramnya.

Ashraf yang di ambil ambulans dari kediamanya sempat merakam detik detik sedih dia berada di dalam ambulans serta luahannya kepada keluarga dan rakan rakan yang mengenalinya turut membuatkan ramai sebak.

Ashraf turut menyampaikan pesanan buat kedua dua isterinya dan mengharapkan keluarganya turut kuat dan mendoakannya cepat ok. Dengan mata berkaca mungkin menahan sebak Ashraf juga meluahkan yang di sayang kedua dua isterinya dan keluarganya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf juga memberitahu umum tentang keputusan dari hspital yang dia positif C0v1d 19. Dia juga sempat memohon doa dari semua dan memohon maaf kepada semua yang mengenalinya dan menyatakan ini adalah ujian dari Allah untuknya.

Ashraf Muslim juga turut memuat naik gambar video call bersama anak anaknya di hari lahir anaknya minggu lepas. Dia menyatakan dia tidak menyambut hari lahir anaknya Sarah yang berusia 6 tahun tempoh hari kerana dia terpaksa kuratin selepas pulang dari luar negara. Dia juga turut berharap semua akan kembali ok dan dia ingin menyambut hari lahir anaknya bersama sama dan memotong kek unicorn. Sayu sangat bila harapannya tidak kesampaian.

Ayah dan suami mana tidak sedih kan, mungkin lama berpisah dengan keluarga atas urusan kerja sebelum ini, balik dari luar negara terpaksa mengasingkan diri untuk keselamatan semua keluarganya dan sekarang di rawat di hspital sungai buloh selepas di sahkan positif.

Rata rata netizen juga turut sebak dan mendoakan supaya Ashraf Muslim cepat sihat.

Semoga Ashraf Muslim di beri kesembuhan dari c0v1d 19 dan di kurniakan kekuatan yang luar biasa.

Sumber : Ig Ashraf Muslim

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.