Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan tagline keluarga Sunnah ini sangat di senangi dalam masyarakat. Beliau sering melakukan kerja-kerja amal dengan mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar. Dakwah yang dilakukan oleh beliau tidak mengira peringkat usia dan juga latar belakang. Beliau tidak kisah untuk turun bersama pergi ke lorong-lorong mahupun di kawasan terperuk untuk menyebarkan dakwahnya. Beliau juga menyantuni masyarakat dengan caranya sendiri. Ustaz Ebit Lew sangat lembah lembut dalam berbicara dan sentiasa mengingatkan setiap ujian yang melanda adalah kerana Allah itu menyayangi hambaNYA.
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew pada asalnya berketurunan cina dan mula mengenal agama islam ketika berusia 12 tahun. Semasa Ustaz Ebit Lew masih kecil, beliau diantara pelajar yang sangat nakal. Beliau sangat bersyukur kerana Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama islam dan mula belajar solat melalui gurunya.
Ustaz Ebit sering mendapat jemputan untuk menyampaikan ceramah agama dan juga kem motivasi bagi pas4ngan yang sudah berkeluarga. Ceramah beliau mudah difahami dan sampai di hati. Disamping itu juga beliau gemar menyelitkan unsur jenaka membuatkan beliau begitu disegani dan di hormati oleh masyarakat.
Sejak PKP diumumkan oleh kerajaan, ramai individu yang membuat kerja amal untuk menyalurkan sumbangan. Sumbangan dan bantuan yang disalurkan bukan sahaja buat para petugas barisan hadapan, tetapi juga buat golongan masyarakat yang kurang bernasib baik kerana sumber pendapatan harian terjejas akibat penguatkuasaan PKP. Ustaz Ebit Lew juga tidak terkecuali. Aktiviti Ustaz Lew membuat kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan sering dikongsikan oleh beliau di laman instagramnya.
Menerusi muatnaik terkini beliau di laman Instagram, baru-baru ini beliau menyambut hari kelahiran anak perempuannya yang diberi nama Hayfa Qadeejah Lew. Ustaz Ebit Lew juga turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri tersayang kerana sangat memahami keadaan beliau.
Menariknya video yang menunjukkan anak perempuan Ustaz Ebit menyuap kek kepada ayahanda tersayang mempunyai latar muzik lagu seorang penyanyi terkenal Kpop iaitu Jennie. Dengan lagu berjudul “Solo” dan muzik yang agak rancak, video tersebut menarik perhatian para netizen.
Netizen nyata teruja mendengar lagu tersebut di Instagram milik seorang ustaz. Mungkin mereka tidak menyangka Ustaz Ebit mendengar dan mengenali artis-artis KPOP. Muzik tersebut sebenarnya memberikan kemeriahan kepada suasana sambutan hari jadi anak beliau. Tidak salah mendengar muzik asalkan tidak terpesong dan lalai. Lagu tersebut hanyalah suatu bentuk hiburan bagi menceriakan anak-anak. Ramai juga netizen yang mngalkan ucapan selamat hari jadi buat anak perempuan kesayangan ustaz.
Walaupun Ustaz Ebit Lew seorang yang sentiasa sibuk dan sentiasa menginfakkan kehidupan beliau untuk membantu orang lain, beliau tetap tidak lupa kepada keluarga. Netizen semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kehidupan Ustaz Ebit Lew sekeluarga. Semoga Ustaz Ebit Lew terus bersemangat dalam menyebarkan dakwah dan sentiasa dipermudahkan dalam segala apa jua urusan.
Sumber : Instagram ebitlew
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.