Semenjak wab4k C0v1d19 menular dalam negara, para petugas barisan hadapan dilihat memainkan peranan yang cukup besar dalam menangani wabak tersebut. Mengendalikan k3s berkenaan C0v1d19 memerluukan para petugas memakai satu sut lengkap pakaian khas bagi mengelakkan jangk1tan. Sut yang dikenali sebagai Personal Protective Equipment atau (PPE) mempunyai beberapa lapisan yang ternyata sangat panas bagi si pemakai. Namun demi tanggungjawab kepada negara para petugas barisan hadapan ini adalah diwajibkan untuk memakai PPE bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak berbah4ya itu.
Etika pemakaian sut PPE termasuklah sarung tutup kasut, satu pakaian khas lengkap daripada atas sampai kebawah, sarung tangan, topeng wajah dan juga perisai muka. Proses pemakaian dan juga menanggalkan PPE juga terdapat tatacaranya yang tersendiri. Tatacara tersebut sangat penting untuk diikuti bagi mengelakkan risiko terkena jangk1tan. Baru-baru ini tular para petugas barisan hadapan ini kekurangan PPE dan keadaan tersebut menyebabkan mereka mengambil inisiatif untuk menggunakan plastik sampah bagi menggantikan PPE.
Nyata terkesan dengan berita itu, para penggiat industri fesyen tanah air tampil memberikan sumbangan menjahit PPE bagi para petugas barisan hadapan. Salah seorang pereka fesyen tanah air yang mengambil bahagian ialah Dato’ Rizalman.
Kelengkapan bagi sepasang sut lengkap PPE menelas kos sekitar RM250 seunit. Setelah merawat pes4kit C0v1d19, sut tersebut tidak lagi boleh diulang guna kerana dikhuatiri sudah terdedah dengan v1rus. Adakalanya para petugas memakai sut PPE dalam tempoh masa yg panjang iaitu sekitar 14 hingga 18 jam sehari. Oleh itu, sut tersebut perlulah dibuang setelah seharian digunakan. Pemakaian PPE yang rosak juga boleh mendatangkan bah4ya.
Menerusi muatnaik terkini beliau di laman Instagram, Dato’ Rizalman berkongsi aktiviti terkini beliau yang sedang menjahit sut PPE. Dato’ Rizalman juga menurunkan tandatangan di atas sut PPE tersebut menjadikan sut itu kelihatan sangat eksklusif seperti pakaian berjenama.
Para netizen memuji keperihatinan Dato’ Rizalman kerana sudi turut serta membuat sumbangan PPE kepada para petugas barisan hadapan. Mereka juga berangan-angan untuk memiliki sut tersebut kerana teringin untuk memakai hasil tangan pereka fesyen terkenal.
Disebalik kemasyhuran nama Dato’ Rizalman, ada juga netizen yang boleh tersilap nama pula semasa memberikan komen terhadap sut PPE jahitan Dato’. Memang kelakar habis dibuatnya.
Netizen itu mngalkan komen yang berbunyi :
“Abam Rizman.. Nak jugakk yang ada sign.. from Terengganu” – Netizen
Dato’ Rizalman pula membalas komen tersebut : “ada yang nak kena kecam nii”
Komen mereka berdua mendapat reaksi hilai tawa daripada para pengomen yang seterusnya. Dato’ Rizalman pula memang terkenal dengan mulutnya yang agak suka berleter. Boleh terbayang pula rasanya suara leteran Dato’ Rizalman bak kereta api panjang yang tidak berpenghujung. Haha.
Terima kasih dan syabas kami semua ucapkan di atas sumbangan dan keperihatinan Dato’ Rizalman dalam menyediakan sut PPE buat semua para petugas barisan hadapan. Semoga sumbangan daripada jenama terkenal ini mampu memberikan semangat dan menceriakan hari-hari mereka dalam berjuang membanteras w4bak C0v1d19.
Sumber : Instagram rizalman71
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.