Nama Dato’ Rizalman sudah tidak asing lagi bagi para penggemar fesyen di Malaysia. Pereka fesyen bergelar selebriti ini cukup terkenal dek kerana mulutnya yang bagai bertih jagung serta gemar berceloteh. Mengungkap sedikit latar belakang diri pemilik nama Dato’ Rizalman Ibrahim, beliau merupakan anak jati kelahiran Georgetown Pulau Pinang dan di lahir pada tanggal 28 Oktober 1971 . Anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) dari Universiti Teknologi Mara.
Dato’ Rizalman memulakan kerjayanya dari bawah di sebuah butik di Kuala Lumpur dengan menjahit butang dan cangkuk. Mendapat bayaran sebanyak RM350 pada ketika itu, beliau merasakan terlalu terkongkong dengan skop kerja dan nekad untuk menjadi pereka fesyen berjaya suatu hari nanti. Menjadi selebriti bukan lah niat beliau pada awalnya tetapi beliau mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi dan sentiasa kreatif dalam mengolah rekaannya menjadikan beliau diangkat menjadi ikon dalam dunia fesyen serta muncul dalam beberapa rancangan realiti Tangkap Muat dan Pelamin Fantasia pada tahun 2015.
Setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang fesyen, hasil kerjanya sentiasanya menjadi pilihan orang-orang kenamaan termasuklah Raja Permaisuri Ag0ng Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menyifatkan dirinya seorang yang suka berterus terang, ada yg sering melabel beliau sebagai seorang yang cakap lepas. Walaupun begitu, beliau sebenarnya seorang yang sangat merendah diri. Beliau mengakui kerjaya dan pengalaman beliau selama ini banyak membentuk karakter dan peribadi diri beliau yang sekarang.
Bapa kepada dua orang anak angkat ini selesa menghabiskan tempoh PKP bersama anak angkatnya. Sejak PKP berlangsung, kebanyakan syarikat mengambil langkah untuk bekerja dari rumah termasuklah Dato’ Rizalman. Memuatnaik video instagram makan malam di atas tikar mengkuang bersama kedua anaknya, beliau juga mengadakan live meeting bersama pekerja, namun bebelan Dato’ Rizalman terhadap pekerjanya yang tidak menepati waktu mesyuarat mencuri perhatian netizen.
Memang riuh rendah jadinya kalau Dato’ dah mula membebel. Rata-rata netizen kasihankan kakitangan beliau yang kena bebel. Sebakul kena berleter malam-malam harap mereka bertabahlah ya. M4rah itu kan tanda sayang. Pekerja Dato’ pun pasti sudah merindui bebelan Dato’ kerana sudah lama tak jumpa sejak PKP ni. Netizen teringin nak join sekali meeting kerana nak mendengar bebelan Dato’.
Walaupun video tersebut merupakan video leteran tetapi netizen tetap terhibur mendengarnya. Hilang str3ss melihat gelagat Dato’. Semoga Dato’ terus sihat dan berada dalam rahmatNYA selalu. Teruskan dengan apa jua yang Dato’ lakukan sekarang dan kekalkan sifat kelakar Dato’ tu yaa.
Sumber : Instagram rizalman71
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.