Hiburan

Dengar macam ada cakap B, betul ke – Netizen

Nama pelakon Azar Azmi semakin meniti di bibir peminat hiburan industri tanah air. Popularitinya yang kian meningkat membuatkan wajah Azar sering menghiasi beberapa slot drama rangkaian di stesen televisyen. Beliau yang juga bekas peserta Dewi Remaja seangkatan dengan Neelofa dan Anzalna cukup bertuah kerana drama yang dibintangi beliau mendapat tempat di hati para peminat. Pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah binti Azmi ini mula mencuri tumpuan semasa melakonkan watak sebagai Juita di dalam drama Nur 2.

Drama terbaru lakonan Azar ialah drama Maaf Tak Indah menggandingkan beliau dengan Azlee Khairi, Ruhainies dan juga Fizo Omar. Namun apa yang menarik, Azar dilihat menjadi rapat dengan Fizo Omar semasa di set penggambaran drama berkenaan kerana wujud keserasian diantara mereka berdua. Kerap bergurau senda dan saling mengusik membuatkan Fizo Omar selesa mengundang Azar sebagai tetamu di dalam sebuah episod bagi saluran youtube Fizo.

Menerusi video di youtube Fizo Omar yang berdurasi 18 minit 47 saat itu, Fizo dan Azar saling berbalas pickupline dan membuatkan masing-masing saling tersipu malu. Memang sweet habis. Sesiapa yang menonton pasti tersenyum melihatkan ragam mereka berdua ni. Mereka berdua kembali merakam aksi menonton video youtube itu melalui handphone Azar. Azar dilihat memegang telefon duduk disebelah Fizo dan bersama seorang lagi rakan mereka mereka.

Azar memuatnaik video ke akaun Instagram peribadinya dengan caption “Korang jangan tak caye sebab kitaorang pun xcaya yang perangai kitaorang macam ni.. ye dok abe fizoomar.. hahahahaha..”. Melihat kembali video y0utube itu menyebabkan mereka  berdua tak henti ketawa kerana rasa tak percaya dengan apa yang mereka dah bualkan pada hari rakaman.

Dah namanya netizen, memang laju jelah kan kalau ada yang terlepas pandang. Di dalam video tersebut, netizen mendengar yang Azar ada memanggil Fizo dengan panggilan “B” semasa hendak menunjukkan sesuatu di dalam handphonenya. Tidak pasti apa sebenarnya yang di ucapkan Azar namun itulah yang didengari oleh netizen.

Eh..yeke ni.. wow memang sesuatu betul lah hubungan mereka berdua ni. Tapi kalau ada sesuatu pun rasanya tidak salah kerana Azar dan Fizo berdua single. Apapun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana.

Video penuh boleh t0nton di bawah, suka tengok kemesraan Fizo Omar dan Azar Azmi. Moga ada bibit – bibit cinta antara mereka selepas ini.

Sumber : Instagram azarazmi

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.