Melihatkan saban hari akan peningkatan k3s c0v1d dalam negara kita membuatkan masyarakat kita kian mengambil langkah berjaga-jaga. Menurut Kementerian Kesihatan, pes4kit yang positif kebiasaannya akan mengalami beberapa gejala sebelum disahkan sebagai positif. W4bak yang masih belum menemui penawar itu boleh berjangkit tanpa kita sedari oleh itu amat penting untuk kita semua mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak daripada menjadi sebahagian daripada statistik k3s.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak kerajaan sudah pun menyediakan beberapa garis panduan untuk mengenalpasti samaada kita dijangkiti w4bak berkenaan atau tidak. Salah satu caranya ialah dengan membuat Self Quar4ntine di rumah selama 14 hari sekiranya kita baru pulang daripada luar negara. Salah seorang artis yang menjalani tempoh Self Qu4rantine ini adalah Dato’ Fazley. Bekas Juara Masterchef ini menjalani penggambaran program masakan di Singapura dan perlu menjalani Self Qu4rantine setibanya beliau di Malaysia.
Sudah hampir sebulan nampaknya Dato’ Fazley terpisah dengan anak-anak dan isteri tercinta. InsyaALLAH esok adalah hari yang di tunggu-tunggu untuk bertemu dengan keluarga tercinta. 2 minggu pertama berjauhan adalah semasa beliau memenuhi komitmen sebagai juri jemputan dalam sebuah program di Singapura.
2 minggu yang berikutnya pula adalah tempoh Self Qu4rantine setelah pulang ke Malaysia. Beliau menjalani tempoh kuarantin untuk memastikan dirinya benar-benar sihat dan bebas semua gejala C0v1d19 sebelum kembali kepangkuan keluarga tersayang. Alhamdulilah tempoh kuarantin tersebut telah pun berakhir dan Dato’ didapati tidak mengalami semua gejala yang disenaraikan seperti sesak nafas, b4tuk dan sels3ma.
Sebaknya bila terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Ap4tah lagi jika masih mempunyai anak kecil yang tidak memahami apa yang sedang berlaku di negara kita kini. Dato’ Fazley memuat naik video puteri bongsunya yang berlakon terima panggilan dari Dida-nya semasa tengah mandi sambil memegang shower head.
“Dida ada sh0ot ke? So Dida tak b0leh balik lah kan?” – Ellie
Kasihan Ellie amat rindukan Didanya. Kata-kata Ellie yang seakan memujuk diri sendiri meruntun hati sesiapa sahaja yang melihat video tersebut.
Netizen melahirkan rasa sebak melihatkan Ellie yang masih kecil dan belum mengerti keadaan sebenar. Mereka juga mendoakan supaya keluarga bahagia ini bersatu kembali dan tidak sabar melihat reaksi Ellie bertemu dengan Dato’ Fazley.
Ada yang berkata, adalah lebih baik biarkan anak-anak menangis sekarang daripada kita merisikokan mereka dengan C0v1d19. Dato sememangnya telahpun mengambil langkah yang bijak.
Turut berkongsi kisah yang sama, ada beberapa orang netizen yang melalui keadaan yang serupa dan merasai kesedihan Dato’ Fazley yang merindukan keluarga.
“Hurmm saya lagi la. Husband sepatutnya 5 hb dah balik Malaysia tapi cancel last minit, balik 10 hb tapi sampai KL nanti maybe kena kuarantin lagi 14 hari. Means dah 2 bulan la tak jumpa husband nanti. Belum balik Kedah lagi. Lamanya lahai. “ – Netizen
“Huhu kami yang bekerja disini pun sangkut jugak kat dalam. 14 hari tambah lagi 14 hari tambah lagi 14 hari.. harap tak tambah lagi border xtau akan bukak bila.. da rindu sesangat da neh.. doakan semua dalam keadaan baik yer” – Netizen
Tahniah Dato’ Fazley kerana berjaya menjadi contoh yang baik buat kami semua. Tahniah juga kerana sangat bertimbang rasa dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab menjalani Self Qu4rantine. Semoga Dato’ terus menjadi sumber insiparasi kami semua untuk menjadi masyarakat yang bertanggung jawab dan tidak mengambil mudah akan w4bak C0v1d19 ini.
Sumber : Instagram fazleyyaakob
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.