Pengalaman manis bersama bapa tercinta antara kenangan yang paling tidak pernah kita dilupakan. Begitu banyak pengorbanan mereka sewaktu menjaga kita dari kecil hingga lah dewasa. Tidak kira di mana jua kita berada, seorang bapa tetap mengambil berat tentang anak-anaknya. Itu lah pep4tah ada berkata, tanpa bapa siapalah kita di dunia ini.
Mengimbau kembali kenangan bersama bapa tercinta, pelakon dan pendakwah bebas iaitu PU Azman atau mesra dengan panggilan Cik Man berkongsi foto motor lama berjenama Honda yang mempunyai kenangannya yang tersendiri. Motor itulah antara kenangan buat Cik Man bersama bapanya ketika zaman persekolahan.
Menurut Cik Man lagi, bapa Cik Man lah yang selalu menghantar dan mengambilnya ke sekolah menggunakan motor lama itu dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Besar pengorbanan seorang bapa…
Selain itu, Cik Man sendiri mendedahkan sehingga ke hari ini dia masih tidak berani membawa motor. Pengakuan Cik Man itu ternyata membuatkan ramai netizen mengusiknya di ruangan komen. Malah, pelbagai reaksi yang diberi oleh warga netizen.
“Wah Cik man kalau layan corner tu baik tu, dah ada feeling2 baring tu”- Netizen
“Tak lejen lah Cik Man kalau tak pandia bawak motor”- Netizen
“Try lah Cik Man bawak motor”- Netizen
Jarang kita tengok lelaki tak bernai bawak motor. Kira Cik Man ni betul-betul limited edition ni hehehe..
Sumber: instagram puazmanofficial
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.