Hiburan

“Aku baru nak puji power sampai kaki” – Salina Saibi

Dalam tempoh-tempoh PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, pasti orang ramai menggunakan masa yang diberikan ini untuk meluangkan sepenuh masa bersama keluarga di rumah. Bukan sahaja itu, waktu-waktu terluang tersebut juga pasti digunakan dengan perkara yang berfaedah dan juga sihat seperti bersenam. Siapa kata dalam rumah pun tak boleh bersenam? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sama ceritanya dengan pengacara dan pelakon hebat ini yang telah berkongsi aktivitinya selama berada di rumah, dan salah satunya adalah juga bersenam. Secantik namanya, begitu juga orangnya yang bernama Sharifah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad dan lebih dikenali sebagai Sherry Al Hadad sebagai nama pentas. Pasti namanya sudah tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mengikuti rancangan hiburan di televisyen, pasti ada saja muka Sherry sebagai penyeri dan pengacara.

Memulakan kerjaya di pentas teater pasti bukanlah sesuatu yang mudah untuk dirinya bagi melakar nama dalam bidang pengacaraan dan lakonan di depan kamera. Pasti ramai yang tidak tahu, bahawa Sherry dahulunya adalah seorang pensyarah di Akademi Warisan Kebangsaan atau ASWARA dalam bidang teater dan kemudiannya barulah dia mula berjinak-jinak dalam bidang hiburan.

Video yang telah dikongsikan olehnya di Instagram telah membuat ramai yang terhibur sesuai dengan dirinya yang juga memang sering membuat lawak. Bukan sahaja itu, ada juga di antara mereka yang marah disebabkan oleh gurauan yang dibuat oleh Sherry kerana orang ramai telah percaya bahawa dia memang sedang membuat regangan pada kaki.

View this post on Instagram

Jom stretching bersama saya.. 8 lagi

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Bukan sahaja netizen, rakan selebriti Sherry juga telah membanjiri ruangan komen pada video tersebut. Pasti yang baru melihat video tersebut akan percaya bahawa Sherry benar-benar sedang membuat senaman tersebut.

Bila waktu duduk di rumah ni, ada-ada sahaja idea dan gelagat lucu dari para artis ni untuk menghiburkan orang ramai. Kalau tengok riak muka Sherry dalam video macam betul-betul je dia buat regangan tu rupa-rupanya semua kena tipu.

Sumber: Instagram Sherry Al Hadad

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.