Hiburan

“Nak masuk pertandingan, ala mekap natural je”- Aaisyah Dhia Rana

Gelagat satu-satunya anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sering kali mencuit hati netizen lebih-lebih lagi apabila anak kecil ini sudah pandai bersolek sama seperti ibunya. Selain pandai bersolek, Aaisyah juga sentiasa petah bercakap loghat utara. Betul-betul pekat loghat utara dia yaaa, comel pulak tu…

Walaupun umur Aaisyah baru setahun jagung, gelagatnya sama seperti orang dewasa. Bayangkan anak comel ini sudah mahir bersolek ala-ala solekan natural gitu…

Baru-baru ini, video gelagat Aaisyah yang dirakam oleh Che Ta membuatkan ramai netizen terhibur dengan gelagat comel Aaisyah bersolek di hadapan cermin. Menerusi video tersebut, Aaisyah petah bercakap loghat utara bersama ibunya sambil memberus pemerah pipi di muka. Amboi sakan Aaisyah bersolek..

View this post on Instagram

Ala make-up2 natural ja

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Video Aaisyah yang telah dimuatnaik di Instagram itu telah ditonton sehingga 111,000 tontonan. Malah, Aaisyah juga sentiasa mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila gelagat dia bersolek.

Tidak dinafikan, gelagat Aaisyah saling tak tumpah sama sepeti ibunya, Che Ta yang sentiasa tampil cantik dan bergaya.

“Mana lagi kuah nak tumpah kalau tidak ke nasi”- Netizen

“Mancungnya hidung Aaisyah, cantik sungguh”- Netizen

“Makeup natural pun let0p sis”- Netizen

Pandai Aaisyah makeup sekarang yaa, Makeup natural pun boleh lah Aisyah hehehe. Aaisyah sememangnya dah comel dan cantik..

Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.