Hiburan

“Nak senyum pun tak lalu, walaupun laki lawo” – Kak Lina

Hampir setiap hari, Elly Mazlein memuat naik macam macam gelagat dia masak dan makan bersama sama dengan suaminya Cikgu Azlan. Selain berkongsi resepi yang simple dan mudah untuk peminatnya Kak Lina juga sempat berborak borak dengan Papa Awan Nano di dalam video masakannya. Nampaknya Hari hari lah banyak semut hinggap di skrin handphone semua pengikut Kak Lina mana taknya sweet habis lah Kak Lina kalau dengan Papa Awan Nano memang buat ramai yang tak sabar nak kahwin kalau tengok gelagat Kak Lina dengan suaminya.

Bukan itu sahaja, ada juga pengikut Kak Lina sering memberi komen kenapalah tidak kahwin dulu sebelum perintah berkurung di jalankan hari hari boleh manja dengan suami atau isteri kan. Macam macam komen positif yang di beri netizen untuk pas4ngan sweet ini ada juga yang mendoakan untuk kebahagian mereka.

Jika sebelum ini Kak Lina bersama suaminya membuat mukbong makan ketam, hari ini Kak Lina membuat challenge makan maggi pedas dari korea wah meletup lah pedas sangat maggi tu.

View this post on Instagram

Kite bakaq sikit lg #mukbang #ramenchallenge . Nak tau jawapannya, moh nengok full video di channel YouTube Dunia Elly Mazlein skrg.. Link ada di bio👆 . Pastikan anda dah subscribe Dan tekan 🔔 notification, utk menang duit bole la anje2 #RM100DuitBolehLaBeliApaYgPatutAnjeAnje . InsyAllah klu kakak lina ada rezki lebih , akn kakak lina panjangkan tempoh Menang #RM100DuitBolehLaBeliApaYgPatutAnjeAnje . Doakn rezki kakak lina sekeluarga ya .. Terima kasih ❤❤❤ . P/S: INI BUKAN PERTANDINGAN.. TAK PERLU JAWAB SOALAN APA2 .. ANDA HANYA PERLU SUBSCRIBE , TEKAN NOTIFICATION , KOMEN & YG PALING PENTING BAGI IDEA NAK KAMI MASAK / AKTIVITI/ CHALLENGE APA DI VIDEO CHANNEL YOUTUBE #DUNIAELLYMAZLEIN SAHAJA .. KLU ADA REZKI , ANDA AKN DIPILIH SEBAGAI PEMENANG #RM100DuitBolehLaBeliApaYgPatutAnjeAnje . PEMILIHAN SECARA REZKI MASING2.. kepommm sayang chuollllll.. chuollllll sayang kepom ke tidokkkk???

A post shared by đź’‹SaraAzlanđź’‹ (@iamellymazlein) on

Di dalam Challenge ini kita boleh tahu siapa yang boleh tahan pedas atau siapa yang tidak tahan pedas. Agak agak siapa yang menang ini.

Sebelum Kak Lina membuat Challenge ini, Kak Lina ada membuat naik video dia tengah membakar daging, dan ada menanyakan pengikutnya tentang maggi apa yang sedap untuk di makan dan dia ingin membuat challenge. Ternyata ramai yang memberi cadangan maggi samyang.

Mula mula tengok terliur, bila dah akhir akhir video risau pulak tengok Kak Lina dan papa awan nano terberak sebab nampak macam pedas sangat, ingat kan dua maggi sahaja rupanya 4 maggi Kak Lina dan Papa Awan Nano makan. Fuh pedas kot maggi ini macam mana mereka boleh tahan.

Kak Lina sampai keluar air hidung sebab tak tahan pedas, tapi nama Cikgu Azlan selamba je makan bahkan berselera. Bukan orang kelantan tak suka pedas suka manis manis saja ke. Macam mana Papa Awan Nano boleh tahan pedas nampak rilek je makan. Wah terbaik Cikgu Azlan tetap nampak Macho walaupun makan maggi pedas.

Di akhir video ternampak Cikgu Azlan seolah olah tengah menahan tak tahu dia tahan pedas atau tahan kenyang nampak macam banyak sangat mereka duk makan. Jadi siapa pemenang untuk challenge makan maggi ini agak agaknya ye, nampaknya kedua dua menang kot sebab masing masing habiskan kesemua maggi.

Nampaknya tak sempat bermanja manja dik, macam video video sebelum ini sebab masing masing duk tahan pedas. Rata rata netizen sangat terhibur dengan gelagat mereka berdua dan ramai yang terliur tengok dan dengar mereka makan maggi samyang. Ramai ke yang keluar pergi cari maggi samyang ini.

Terhibur pula tengok gelagat pas4ngan ini, terutamanya gelagat manja Kak Lina. Semoga mereka kekal bahagia sampai bila bila.

Sumber : Ig Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.