Memandangkan negara kita sedang mengalami anc4man w4bak C0v1d, semua rakyat Malaysia diarah untuk duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan termasuklah murid sekolah. Walaupun murid sekolah terpaksa bercuti ketika ini, ia tidak menjadi masalah buat mereka untuk melakukan tugasan kerja sekolah yang cikgu berikan. Tak ada alasan ye kalau tak ada kerja sekolah time cuti.
Begitu juga buat anak perempuan kepada pelakon Elly Mazlein iaitu Puteri Sara Sefhia yang juga tidak terkecuali turut menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya. Puteri Sara Sefhia atau nama panggilannya, Sara dilihat begitu khusyuk menyiapkan kerja sekolah bersama bapa tirinya, Encik Azlan. Encik Azlan yang merupakan seorang guru ini juga membuatkan Sara lebih mudah belajar bersama papa kesayangannya.
Elly atau mesra dikenali sebagai Kak Lina Pompom telah berkongsi foto aktiviti belajar anaknya baru-baru ini menerusi laman Instagram memandangkan ramai peminat Kak Lina Pompom sentiasa bertanyakan keadaan Sara yang terkini.
Malah, rata-rata netizen mengatakan Sara begitu beruntung memiliki bapa yang juga merupakan seorang guru sekolah.
“Rajinnya anak papa”- Netizen
“Untung dapat papa cikgu”- Netizen
Untung mama dapat papa awww”- Netizen
Dalam pada itu,Sara yang merupakan anak tunggal kepada Kak Lina Pompom ini telah menjangkau usia empat tahun dan sebelum ini, Kak Lina tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuannya sehinggalah dia berkahwin pada Januari lalu.
Rajin tengok Sara belajar dengan papa dia. Beruntung Sara dapat papa seorang cikgu, kalau tak faham boleh tanya papa terus hehe..
Sumber: Instagram iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.