Hiburan

“Aafiyah teringin sangat nak minum ABC, kami terus bawa kereta punyalah laju”- Rozi

Cahaya mata adalah anugerah terindah buat pas4ngan suami isteri. Bagi Datuk Siti Nurhaliza, kehadiran cahaya mata perempuan iaitu Siti Aafiyah banyak memberi sinar bahagia dalam hidupnya selepas bergelar seorang ibu. Saban hari berlalu, Aafiyah yang dahulunya kecil mulus kini sudah menginjak usia dua tahun pada hari ini. Malah, Aafiyah juga semakin bijak dan aktif.

Siapa sangka, Aafiyah yang baru sahaja genap usia dua tahun ini sudah mempunyai peminat-peminatnya sendiri. Aafiyah sering menjadi perhatian tidak kira di mana jua anak comel ini berada. Setiap kali Datuk Siti Nurhaliza atau mesra dikenali sebagai Tokti ini memuatnaik video Aafiyah di Instagram, sudah pasti ramai peminat-peminatnya memberi pelbagai reaksi terhadap perkembangan Aafiyah.

Selain Tokti yang mempunyai hubungan rapat dengan Aafiyah, pengurus Tokti iaitu Rozi Abdul Razak juga rapat dengan Aafiyah sejak kecil sehingga kini yang sudah petah bercakap.

View this post on Instagram

Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid. . Ketika dunia menyapamu Kali pertama, Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. -Mak Rozi 19 Mac 2020 . Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah. Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg. Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa. . Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair. Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha. Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah. . Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha. . Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina. #aafiyahanakibu @ctdk

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Memandangkan hari ini adalah ulangtahun kelahiran Aafiyah yang kedua, Rozi sempat titip ucapan buat Aafiyah sehingga mengundang sebak kepada netizen.

Bukan itu sahaja, Rozi sendiri berkongsi kenangan berharga sebelum lahirnya Aafiyah. Kehadiran Aafiyah telah mengingatkan kembali kenangan Rozi dan rakannya, Siti Fairuz yang sanggup mendapatkan ABC buat Tokti yang ketika itu mengandungkan Aafiyah.

Demi tidak menghampakan Tokti, Rozi dan rakannya sanggup berusaha mencari makanan buat Tokti ketika Tokti sarat mengandungkan Aafiyah.

Perkongsian cerita oleh Rozi ternyata menyentuh emosi netizen yang telah membacanya.

“Sebak pulak baca, dah dua tahun dah”- Netizen

“Terharu baca hm”- Netizen

Rata-rata netizen mengucapkan ucapan ulangtahun kelahiran dan titip doa buat Aafiyah.

Makin comel tengok Aafiyah sekarang. Dah besar dah, lepas ni dah boleh praktis jadi kakak yang baik untuk adik baru hehe..

Sumber: Instagram rozisangdewi

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *