Hiburan

“Sebenarnya kami nak bawa Datin naik helicopter dan sambut birthday di hotel mewah” – Setiausaha Datin Shahida

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Shahida, nama yang tidak asing lagi di dalam bidang usahawan dan juga dia antara instafamous yang memiliki pengikutnya tersendiri melebih 2 juta di laman sosial. Perwatakan dan personaliti Datin Shahida sangat di sukai semua kerana dia sangat merendah diri dan sangat matang di dalam apa jua dia lakukan.

Prinsipnya yang suka bersederhana di dalam semua hal termasuklah penampilannya sendiri membuatkan ramai yang mengagumi Datin sebagai wanita hebat untuk di jadikan inspirasi kepada semua wanita di luar sana.

Datin juga sangat menjaga aurat dan penampilannya walaupun bergaya supaya tetap mematuhi syariat. Jika kita sedar Datin Shahida akan mengerjakan umrah setiap Tahun kerana katanya di sanalah tempat yang memberi ketenangan untuknya.

View this post on Instagram

Hari ini ulang tahun kelahiran Datin Sri @shahidadherbs.. Sebenarnya perancangan awal kami ingin membawa Datin menaiki Helicopter dan menyambut di Rooftop hotel mewah. Tetapi Datin memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah rumah anak yatim bersama anak-anak yatim. Datin sendiri tidak mempunyai kek hari jadi dan memilih utk menyambut hari jadinya dgn 4 orang anak yatim yg lahir pada bulan Mac. Sesungguhnya Datin memilih menyambut hari jadi nya dgn cara bersederhana sedangkan kami telah bersedia untuk menyambut ala ala Bangsawan. Walaupun tersentak dgn pilihan Datin kami sedar Datin mengutamakan akhirat dari duniawi. Terima kasih Datin kerana tidak pernah mencerca kami yg kurang akhlak tapi sering menunjukkan contoh baik yg sedikit demi sedikit membuat kami cuba berubah ke arah kebaikan seperti mana Datin mendidik anak2 nya. Semoga Datin sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Kami akan sentiasa bersama Datin dan Dato' susah dan senang.

A post shared by @ ghazi_ml on

2 hari lepas, Datin Shahida menyambut hari lahirnya yang ke 35 tahun di salah sebuah pusat anak yatim bersama sama meraikan anak anak yatim yang turut lahir pada bulan March.

Melalui perkongsian dari setiausahanya Ghazi, dia memberitahu yang team mereka telah membuat perancangan awal untuk sambutan hari lahir Datin Shahida.

Mereka ingin membawa Datin menaiki helicopter dan menyambut hari lahir Datin di salah sebuah restoren mewah tetapi di tolak Datin Shahida kerana Datin ingin menyambut bersama sama anak anak yatim.

Sungguh baik hati Datin Shahida di hari lahirnya juga dia meraikan dan mengembirakan orang lain mengembirakan hati anak anak yang pastinya sudah kehilangan ibu dan ayah mereka.

Kata Ghazi lagi, Datin seorang yang sangat mengutamakan akhirat dari duniawi ramai team Datin terkejut dengan permintaan Datin Shahida.

Ghazi juga tidak lepas peluang mengucapkan selamat hari lahir untuk majikannya itu dan di balas Datin Shahida di dalam ruangan komen dengan menyatakan Ghazi seorang staff yang baik untuknya.

Semoga segala kebaikan Datin di balas dengab seribu rahmat dari Allah dan moga Datin Shahida sentiasa tabah dan kuat dan sentiasa di sayangi semua orang.

Sumber : Ig Ghazi_ml

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *