Bukan senang untuk membuat orang ketawa. Melakukan aksi atau gaya lawak pada zaman sekarang bukan sahaja perkara yang biasa. Ada juga artis-artis terkenal yang menjadikan bakat melawak itu sebagai satu punca rezeki mereka. Melawak ini tidak tertakluk kepada satu perkara sahaja. Ianya meluas sehingga menyentuh tentang kehidupan, dalam bersukan, dalam memasak dan sebagainya juga boleh dijadikan sebagai bahan lawak.
Seperti kita kenali, Zahid bin Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Ropie Cecupak yang sedang meningkat naik namanya. Beliau yang berusia 53 tahun itu berjaya menarik perhatian peminat apabila beliau mula memegang watak Pak Kodi dalam sitkom kelakar, Kampung Kalut (JKKK).
Apabila sudah berbakat lawak, buat apa pun orang yang melihat pasti akan ketawa. Baru-baru ini beliau berkongsi beliau memasak dan mempromosikan sebuah produk masakan.
Dilihat dalam video berkenaan, Ropie cuba memasak lauk rendang ayam dan asam pedas ikan sekaligus menggunakan rempah produk makanan tersebut. Apa yang menghiburkan penonton adalah gaya beliau memasak yang sangat spontan dan kelakar.
Netizen sangat terhibur dengan gaya dan aksi lawak Ropie dalam video tersebut. Ada yang mengatakan Ropie patut mempunyai rancangan memasaknya sendiri. Ada juga yang terhibur apabila Ropie memanggil sayur-sayuran yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam lauk itu “rumput” dan “paya bakau”.
Selain itu, ada juga yang mengatakan mereka tidak fokus melihat cara memasak Ropie tapi sebaliknya mereka lebih fokus pada lawak beliau.
Melawak adalah satu bakat dimana bukan semua orang ada. Kadang kala aksi spontan dari seorang pelawaklah yang akan diingati oleh peminat-peminatnya. Dalam pada itu, Ropie dalam menjayakan sebuah filem bergenre komedi romantik yang berjudul “Kenderaan Berat Ikut Kiri”. Artis lain seperti Sweet Qismina dan Syafiq Naswip juga membantu menjayakan filem tersebut.
sumber : ig ropie_sryn_
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.