Elly Mazlein semakin aktif di dalam bidang lakonan selepas berkahwin. Sebelum ini Elly Mazlein atau lebih mesra dengan pangilan Kak Lina Pom pom turut aktif di dalam bidang mengacara. Pangilan Pom pom mungkin kerana perwatakannya yang sedikit kepoh dan pandai membuat lawak spontan membuatkan ramai yang mula suka dengan cara Kak Lina mengacara. Selain itu, bakat Kak Lina juga terserlah apabila dia mula viral dengan watak Minah selamat di dalam drama kampung people.
Kak Lina juga telah berkahwin dengan jejaka pilihannya seorang guru geografi di sebuah sekolah di Kuala Lumpur sekali lagi mencetuskan viral di laman sosial apabila netizen dan peminatnya sangat suka dengan kisah cinta mereka. Cikgu Azlan juga nampak sangat akrab dengan anaknya Sephia dan juga dengan ayah Kak Lina.
Hubungan seorang anak dan seorang ayah terserlah di hari pertama Kak Lina memperkenalkan wajah suaminya dan anaknya, apabila Cikgu Azlan masuk ke dalam dewan dengan mendukung Sephia dan jelas nampak si kecil itu sangat rapat dan manja dengan Cikgu Azlan. Selain itu, Kak Lina juga sering berkongsi gambar sephia bersama dengan Cikgu Azlan di ruangan instagramnya dengan menyatakan yang Sephia sekarang sangat rapat dengan papa dari mama
Menerusi perkongsian dari Kak Lina hari ini di ruangan instagramnya, Kak Lina memuat naik gambar di dalam kereta Myvi dengan caption lepas picnic sara ajak jalan jalan naik myvi pula. Tetapi yang pelik di dalam gambar tersebut, gambar yang di ambil dari belakang. Netizen juga ada memberi komen antara komen netizen juga ada yang menyentuh tentang isu tersebut. Netizen kan selalu teliti.
Alahai betul ke Kak Lina kena duduk belakang, sephia nak juga duduk tepi papa awan nano ye. Tak apa Kak Lina, bagi peluang Sephia manja manja dengan papa dulu. Nanti sephia sekolah boleh la dating berdua dengan Papa Awan Nano.
Sangat manja hubungan Sephia dengan cikgu Azlan kan, mungkin sebab Sephia sudah lama tidak merasa kasih sayang seorang ayah. Perwatakan cikgu Azlan juga nampak sangat peyayang kepada Kak Lina dan Sephia. Netizen dan peminat Kak Lina juga sangat teruja dan kagum dengan hubungan Cikgu Azlan dan Sephia.
Alhamdulillah semoga Sephia terus bahagia dengan papa baru dan semoga rumah tangga Kak Lina dan suami kekal hingga ke Jannah.
Sumber : Ig Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.