Anak adalah anugerah terindah buat golongan ibu bapa. Kehadiran Siti Aafiyah banyak mempengaruhi hidup penyanyi terkenal nombor satu Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza setelah bergelar seorang ibu. Malah, didikan dan dorongan Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti buat Siti Aafiyah telah membuat Aafiyah kini kelihatan lebih bijak dan petah bercakap.
Walaupun Aafiyah baru berusia dua tahun, anak comel ini petah berkata-kata dan gelagatnya juga mampu membuatkan netizen terhibur. Telatah Aafiyah ternyata membuktikan betapa cerdiknya dia.
Selain itu, perkembangan Aafiyah sering diikuti oleh peminat-peminat ibunya. Baru-baru ini, Tokti telah membuat IG live menerusi Instagram miliknya dan salah seorang netizen sempat bertanyakan tips bagaimana Tokti mengajar Aafiyah petah bercakap dengan usia yang baru sahaja menginjak dua tahun.
Masa Tokti tengah buat live IG, ada orang tanya kenapa anak dia umur dah 2 tahun lebih tapi still xpandai cakap.
Instead of bagi tips mengarut, simple je jawapan tokti. Jangan banding bezakan anak kita dengan anak orang lain. Semua ada pace masing2 pic.twitter.com/CicouDOg4G
— ALAN AL PADAT (@IniAlannn) March 9, 2020
Menurut Tokti, setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan paling utama ialah berkomunikasi bersama anak-anak.
“Kita j4ngan bandingkan anak kita dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza.
“Yang penting anak-anak ni perkara utama adalah komunikasi. Jangan biarkan anak kita bermain dengan gajet”, kata Tokti.
Jawapan Tokti juga ternyata membuatkan ramai netizen turut bersetuju dan mengagumi cara Tokti mengajar anaknya.
Video Tokti menerusi Instagramnya telah dikongsi oleh salah seorang netizen di laman Twitter dan menjadi tular sehingga kira-kira 8,000 retweets. Rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman mengenai perkembangan anak-anak mereka menerusi ruangan komen.
Tidak ketinggalan, ramai turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh Tokti walaupun sudah bergelar seorang ibu. Tidak dinafikan, Tokti masih kelihatan muda lebih-lebih lagi ketika menggayakan tudung bawal.
Setuju sangat dengan tips yang Tokti bagi. Ibu bapa kena selalu berkomunikasi dengan anak-anak.. Kalau boleh jauhkan gajet dari diorang ya..
Sumber: instagram ctdk, Twitter iniAlannn
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.