Artis hiburan di negara ini boleh diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tahun berganti tahun begitu juga dengan artis-artis tanah air yang silih berganti tahap kepopularan masing-masing. Ada tahun di mana mereka berada di puncak yang mana mendapat banyak tawaran pekerjaan dan ada tahun juga di mana mereka berada di bawah yang hingga untuk mendapatkan satu tawaran saja sudah cukup sukar bagi mereka.
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa menjadi seorang artis bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi situasi yang dihadapi oleh ‘artis-artis lama’ yang terlebih dahulu sudah menempa nama dalam bidang hiburan. Perkara ini juga dihadapi oleh pelakon wanita cantik ini yang sekarang semakin jarang dilihat di kaca tv iaitu Emelda Rosmila. Dia yang telah memulakan karier sebagai artis sejak tahun 2000 ini telah menunjukkan sedikit kekesalan melalui caption yang di buat melalui laman Instagram miliknya.
Pasti ramai yang masih ingat dengan lakonan hebat Emelda dalam drama-drama popular dulu kan antaranya ialah Manjalara, Kek4sihku Seru, Waris dan banyak lagi. Kehebatannya dalam bidang hiburan ini memang tidak dapat disangkal lagi jika dibandingkan dengan lakonan-lakonan artis baru. Telah mendirikan rumah tangga bersama Adlin Aman Ramlie yang juga merupakan seorang anak seni pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak angkat lelaki.
Posting terbaru dari Emelda Rosmila ini telah mendapat perhatian dari para netizen dan juga rakan artis lain seperti Amyza Aznan, Nad Zainal, Catriona Ross dan Afdlin Shauki. Selain terhibur mereka juga turut bersetuju dengan kata-kata yang telah diutarakan dalam captionnya yang berbunyi bahawa artis-artis baru kini mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada artis-artis lama. Dia juga mengatakan bahawa sekarang artis-artis baru ini lebih mendapat sokongan dan mempunyai followers Instagram yang lebih besar jumlahnya jika dibandingkan dengan dirinya.
Sekali baca sudah faham yang captionnya itu berbaur sindiran. Mana tak marahnya kan bila artis-artis lama ini hanya dipandang sebelah mata je. Mereka juga perluukan tawaran yang setara dengan artis-artis baru dengan bakat yang ada dalam diri dan pengalaman yang lebih lama.
Bak kata orang, jika tiada yang lama maka tiadalah yang baru kan. Jadi baru ke lama ke wajar diberikan layanan yang sama dengan memandang bakat hebat oleh setiap individu masing-masing. Apa pun semoga Emelda Rosmila dan rakan artis lain dimurahkan rezeki dan mendapat pembelaan untuk mendapatkan bayaran yang sepatutnya yaa.
Sumber: Instagram Emelda Rosmila