Pengorbanan seorang bapa memang sukar untuk digambarkan. Setiap titik peluh mereka adalah usaha untuk membesarkan anak-anaknya. Malah, jarang sekali kita melihat seorang bapa mengucap kata cintanya terhadap anak-anak namun sikap kasih sayang mereka jelas dapat dilihat. Seperti pelakon dan pengarah popular, Yusry Abdul Halim, dia sendiri telah membuktikan kasih dan sayangnya kepada anak sulungnya, Yahaira dengan menanam sebuah pokok yang dipanggil Samanea Saman.
Menerusi posting terbaru yang dimuatnaik Lisa Surihani, Lisa sendiri mendedahkan sejurus suaminya telah mendapat tahu Lisa mengandungkan anak sulung mereka, Yusry terus menanam pokok tersebut di halaman rumah mereka dan menamakan ia The Yahaira Tree.
Pokok yang ditanam Yusry itu juga sudah membesar dengan cantiknya. Boleh dikatakan pokok tersebut adalah simbolik kasih dan sayang seorang bapa terhadap anak sulungnya yang kini berusia lima tahun. Romantiknya Yusry.
Sementara itu, foto pokok Yahaira yang berkemungkinan sudah berusia lima tahun itu telah menjadi perhatian peminat-peminat Lisa menerusi Instagram. Ruangan komen pula dipenuhi dengan pengalaman peminat-peminat Lisa yang berkongsi kisah yang sama menanam pelbagai jenis pokok khas buat anak-anak.
“Like my late father too. Setiap kelahiran anak akan ditanam dengan pokok buah-buahan, Senang ingat pokok umur sama dengan umur siapa”- Netizen
“Pokok pun bentuk Y”- Netizen
Posting foto pokok lisa itu juga telah menerima hampir 29,000 likes. Jelas pokok yang ditanam Yusry itu kelihatan berbentuk Y dan amat bersesuaian dengan nama Yahaira.
Dalam pada itu, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusuf Leonne.
Romantiknya Yusry ya. Dalam diam-diam, rupanya tanam pokok special bila dapat tahu Lisa pregnant first time. Cantik sungguh pokoknya. Sampai sekarang tumbuh dengan sihat.
Sumber: Instagram Lisasurihani