Hiburan

20 tahun terpisah, akhirnya gadis ini bertemu kembali dgn keluarga kandung

Baru sahaja beberapa jam membuat hebahan di twitter mengenai pencarian keluarga kandung, seorang gadis bernama Faradila telahpun berjaya menemui individu yang dipercayai abang dan kakak kandungnya. Kisah tular ini bermula apabila Faradila memuatnaik sekeping gambar ayah dan adik beradik kandungnya semasa masih kecil dan memaklumkan dirinya telahpun terpisah dengan keluarga kandungnya itu ketika berusia 4 hari. Kini setelah hampir 20 tahun berlalu Faradila membuat keputusan untuk mencari keluarga kandung dengan niat bersatu kembali sebagai sebuah keluarga.

Tertarik dengan kisah itu, seorang warga twitter bertanyakan mengenai alasan disebalik perpisahan keluarganya. Faradila menjelaskan keluarga kandungnya tidak mampu untuk menjaga anak-anak kerana kesempitan hidup. Ibu bapa mereka menyerahkan anak kepada keluarga angkat untuk dijaga. Keluarga angkat tidak dapat berhubung dengan keluarga kandung kerana ibu kandung telah mngal dunia manakala ayah kandung pula telah hilang entah kemana.

Faradila memaklumkan dia memujuk ibu angkat untuk memberikan gambar adik beradik kandung. Setelah dia mendapat gambar keluarga kandung barulah dia membuat keputusan untuk memuatnaik gambar tersebut melalui perkongsian di twitter. Faradila sememangnya berhasrat menggunakan kuasa tular media sosial dan meminta bantuan warga twitter untuk membuat ciapan semula sehingga adik beradik kandungnya ditemui.

Berkongsi perkembangan terkini di twitter, Faradila mengumumkan adik beradik kandungnya telahpun ditemui selepas pencarian itu tular. Dia juga memuatnaik gambar terkini abang dan kakak kandungnya serta perbualan bersama mereka. Pertemuan juga telahpun dirancang selepas tempoh PKP berakhir.

Rata-rata netizen melahirkan rasa sebak dan terharu dengan penemuan itu. Mereka bersyukur diatas pertemuan semula keluarga itu dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Faradila menjejaki abang dan kakak kandungnya. Mungkin juga kerana berkat bulan Ramadhan yang mulia, hasrat gadis itu akhirnya termakbul.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen :

Alhamdulillah rezeki Ramadan ini. Happy for you, sis

Hebattttt…mesti dia gumbira dapat berjumpa dengan anak2. Semoga selepas ni dapat berkumpul sekeluarga

Wowww…g1la cepat…apa pun, tahniah.

Alhamdulillah turut bahagia semoga makin erat tali silaturahmi nya dan menjadi keluarga besar yang sejahtera dan berkah

Faradila memberitahu Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling bermakna buat dirinya kerana hampir berjaya menyatukan keluarga kandung. Dia juga masih meneruskan pencarian 2 orang lagi adiknya dan meminta warga twitter terus membuat ciapan semula bagi menjayakan usahanya itu.

Sumber : twitter Faradila

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.